Connect with us

Oh! Media

sakit jantung

Oh! Lifestyle

Sakit Jantung Bukan Main-Main, Ini 8 Tanda Yang Kita Mungkin Terlepas Pandang

Mungkin kalau kita selalu lihat dalam drama, pelakon akan memegang dada tahan sakit tiap kali diserang sakit jantung. Sememangnya, penyakit jantung digambarkan sebagai rasa sakit yang teramat sangat pada bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam. Pada waktu ini pesakit akan sukar bernafas dan berasa takut yang keterlaluan atau berdebar-debar.

Rasa sakit pada dada ini berlaku apabila sebahagian otot jantung kita mati disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Jika lebih banyak dan besar salur darah yang tersumbat lebih bahaya untuk pesakit. Salur darah yang tertutup sepenuhnya akan menyebabkan otot jantung rosak dan pada waktu inilah pesakit akan merasa sakit dada.

IKLAN

Berikut adalah tanda-tanda sakit jantung yang tidak boleh kita abaikan…

  1. Sukar bernafas

Mereka yang semakin berumur ditambah pula kurang bersenam mesti perasan yang tiap kali buat kerja berat akan cepat rasa lelah. Berat badan yang meningkat secara beransur-ansur juga boleh menyebabkan masalah sesak nafas atau sukar bernafas

Jika kita alami keadaan seperti ini, ia boleh dianggap sebagai tanda awal masalah jantung. Keadaan ini akan menjadi lebih parah apabila sesak nafas ketika berbaring dan perlu duduk untuk kembalikan pernafasan yang lancar.

2. Bengkak lidah dan gusi

Bengkak pada lidah dan gusi ini mungkin berpunca dari bakteria orang yang memasuki saluran darah dan melekat pada plak berlemak di dalam pembuluh darah jantung. Ia akan menyebabkan pembentukan darah beku.

Lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat menjadi punca ini terjadi. Jika korang mengalami masalah ini, ia dua kali lebih cenderung untuk terkena penyakit arteri koronari yang menyebabkan serangan jantung.

3. Kebas pada tangan kiri dan lengan

Ini tanda yang paling penting. Jika korang merasai kebas berpanjangan pada lengan tangan kiri, ini kemungkinan kita akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat.

Jangan biarkan masalah kebas berpanjangan di bahagian tangan kiri dan kanan, dapatkan rawatan dan nasihat doktor untuk pencegahan awal.

4. Denyutan jantung tidak teratur

Kadar denyutan jantung menjadi tidak teratur terjadi apabila sesak nafas, pening ataupun letih. Jika tidak mendapatkan rawatan segera, pesakit boleh mengidap stroke dan lebih menakutkan boleh menyebabkan kematian mengejut.

5. Susah tidur malam

Rasanya memang ramai juga yang alami maslaah susah tidur malam ni. Kalau korang nak tahu, pesakit jantung juga alami masalah ini dan sekiranya gangguan tidur ini berlanjutan, jangan tunggu lama dan dapatkan nasihat doktor.

6. Pedih ulu hati

Rasa tidak selesa dan pedih pada bahagian dada di belakang tulang dada ini merupakan tanda serius sakit jantung. Disebabkan itu perlu dapatkan pengesahan doktor samaada ia pedih ulu hati atau tidak. Cara awal untuk membezakan kedua-dua penyakit ini adalah dengan perhati rasa pedul ulu hati semasa melakukan kerja berat atau ringan.

7. Rasa loya dan hilang nafsu makan

Pembengkakan pada perut membuatkan seseorang itu rasa tidak selera untuk makan dan ingin muntah.

8. Sakit kepala secara tiba-tiba

Sakit kepada ini kebiasaan akan datang secara tiba-tiba yang membuatkan seseorang rasa pening dan berpusing. Ini akan menyebabkan mereka hilang kesimbangan badan dan jatuh. Keadaan ini berkait dengan penyakit darah rendah yang seterusnya berkait pula dengan sakit jantung.

Diharapkan kita semua tidak ambil mudah dengan tanda-tanda sakit jantung ini. Sekiranya ada keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling kita yang terlihat mempunyai tanda berikut, minta mereka untuk dapatkan nasihat doktor. Semoga bermanfaat.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas