Connect with us

Oh! Media

ebby yus

Oh! Artis

Baru Kehilangan Rumah, Kini Ebby Yus Hidap Masalah Bengkak Jantung

Ebby Yus yang baru sahaja kehilangan rumah akibat banjir besar yang berlaku baru-baru ini, diuji sekali lagi apabila dia disahkan menghidap masalah bengkak pada jantungnya.

BACA: “Saya Reda Dengan Takdir..” – Selepas Rumah Musnah, Ebby Yus Dikejarkan Pula Ke Hospital

IKLAN

Menerusi laporan Utusan, Ebby mengetahui masalah jantung ini selepas dia dimasukkan ke dalam hospital Disember lalu kerana mengalami sakit perut yang teruk.

Keadaan Ebby masih stabil dan berehat di rumah

ebby yus

Pada bulan lalu, Ebby telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dalam jam 5 pagi menaiki ambulans kerana mengalami sakit perut yang kronik. Pada awalnya, doktor mengesyaki dia mengalami penyakit denggi atau kencing tikus tapi Alhamdulillah, tidak.

Kata doktor berdasarkan ujian X-ray, terdapat air dalam paru-paru saya. Justeru dia melanjutkan tempoh penahanan saya di hospital untuk pemeriksaan lebih mendalam.

Namun, saya bersyukur selepas pemeriksaan kedua, keadaan paru-paru tidak teruk dan tidak memerlukan prosedur lanjut untuk mengeluarkan air. Cuma doktor mendapati jantung saya bengkak

Ebby sekarang ini masih stabil dan sementara menunggu janji temu yang seterusnya, dia hanya berehat di rumah. Pelakon ini juga menjelaskan bahawa dia tidak lagi ditahan di hospital seperti yang dikatakan oleh ramai pihak.

Masalah ini membuatkan badan saya lemah dan menghadkan keupayaan saya. Doktor memberi ubat-ubatan yang perlu sementara menunggu temu janji seterusnya nanti.

Saya terpaksa bekerja memandangkan tidak mempunyai pendapatan tetap. Tetapi tidaklah melakukan kerja berat.

Saya bersyukur atas doa semua. Dengan izin Allah, saya masih okay dan sihat.

Semoga Ebby Yus diberikan kesembuhan untuk penyakitnya dan dimurahkan rezeki. Sama-sama kita mendoakannya agar dia dapat kembali bekerja seperti biasa.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas