Connect with us

Oh! Media

“Kahwin Pucuk Muda, Sampai Sakit Jantung..”- Nazmir Mohon Netizen Henti Komen Lucah Terhadap Jasmin Hamid

jasmin hamid

Oh! Artis

“Kahwin Pucuk Muda, Sampai Sakit Jantung..”- Nazmir Mohon Netizen Henti Komen Lucah Terhadap Jasmin Hamid

Tak sangka pula orang kita ni tergamak bagi komen-komen lucah dekat orang yang sedang sakit. Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan tentang berita pelakon, Jasmin Hamid yang dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelakon Jasmin Hamid Kena Serangan Jantung

Bagaimanapun, suami Jasmin iaitu Nazmir Abd Rahim meluahkan rasa kecewanya apabila ramai orang memberikan komen lucah terhadap dia dan isteri. Ini apabila orang mendakwa Nazmir yang 10 tahun lebih muda menjadi punca Jasmin kena serangan jantung.

Antara komen lucah yang datang dari orang lama..

Komen

“Akibat suami muda, kesian Jasmin”- Komen biadap netizen.

Suami pun tenang-tenang jangan macam kuda. Kan dah masuk hospital. – Kata satu komen.

Disebabkan itu, Nazmir memohon orang ramai untuk hentikan komen lucah kerana ia akan menjejaskan kesihatan isterinya.

Saya nikahi Jasmin kerana Allah. Terima kasih pada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri saya yang masih lagi di wad CCU kerana serangan jantung.

Saya mohon hentikan komen-komen sebegini kerana takut Jasmin terbaca akan bertambah sakit. Kalau tak suka kami, abaikan kami. – Luahnya.

Janganlah kita tambahkan lagi sakit orang lain. Sama-samalah kita doakan agar Jasmin diberikan kesihatan seperti biasa dan agar mereka sekeluarga dipermudahkan segala urusan.

Kredit: Malaysiagazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas