Connect with us

Oh! Media

Adidas Body Care

Branded

Risau Badan Berbau Bila Balik Raya? Ini Faktor Penyumbang Yang Korang Wajib Tahu

Siapa kat sini dah excited nak balik beraya? Setelah sekian lama tak dapat jumpa dengan yang tersayang, akhirnya tahun ni dapat juga pulang ke kampung halaman. 

Walaupun dapat balik beraya, mesti ada yang fikirkan tentang keselesaan ketika berkunjung disebabkan oleh faktor cuaca yang tak menentu. Haa, nanti mulalah ada yang lenjun satu badan dan berebut kipas sebab terlalu panas!

Cakap pasal peluh ni, mesti ada dalam kalangan korang yang risau badan berbau dan akan membuatkan orang di sekeliling berasa tak selesa. Tapi, korang tau tak apa penyebab bau badan? Jom kami share 3 faktor yang menyebabkan bau badan. 

1. Perubahan Hormon

Antara punca utama penyumbang kepada bau badan kita adalah perubahan hormon dalam badan.

Untuk pengetahuan, perubahan hormon dalam badan yang terlibat seperti estrogen dan progesteron ini dapat mempengaruhi dan mengawal suhu badan kita, menyebabkan badan kita berasa panas, lantas mengeluarkan peluh dengan lebih banyak.

Selain itu, proses perubahan hormon yang dipanggil hipertirodisme ini berlaku di mana tiroid menghasilkan terlalu banyak hormon dalam badan tau.

Proses ini akan meningkatkan degupan jantung kita serta metabolisme dalam badan, menyebabkan kita akan cepat berpeluh dan mengakibatkan bau badan yang kuat. 

Bila dah mula berpeluh ni, korang mesti nak sejukkan badan dengan mandi betul tak? Alang-alang tu gunalah mandian Adidas UEFA Champions League ni sebab ia dapat menyejukkan badan dan memberikan kesegaran yang berpanjangan. 

Kalau korang nak tau, gel mandian Adidas UEFA Champions League ni diformulasikan dengan 2-dalam-1 iaitu untuk badan dan rambut serta dapat memberikan penghidratan pada kulit. Wow!

Gel mandian ini juga telah diuji oleh dermatologi serta menunjukkan keupayaan untuk melindungi pH kulit supaya kekal lembab dan hidrat. 

2. Tekanan & Kebimbangan 

Selain itu, antara punca lain yang menyebabkan badan kita berbau adalah kuantiti peluh yang dihasilkan daripada perasaan tekanan dan kebimbangan. Serius lah?

Kalau korang nak tahu, kedua-dua perasaan ini sebenarnya akan menjadikan suhu tubuh badan kita meningkat dan akan membuatkan kita lebih cepat berpeluh dengan kuantiti yang agak banyak.

Namun, di sebalik pengeluaran peluh yang banyak, ia dapat membantu untuk membuatkan kita berasa lebih tenang.

Untuk pengetahuan, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa tekanan boleh diredakan dengan menghidu aroma wangian. 

Jadi, sebelum korang keluar berkunjung nanti, korang wajib sembur wangian Adidas UEFA Champions League ni, barulah korang boleh beraya dengan keadaan yang selesa dan segar. 

Kalau korang nak tahu, wangian Adidas UEFA Champions League ni memberikan haruman maskulin, segar serta elegan untuk jangka masa yang lama tau. Haa, nanti bila beraya confirm akan ada yang terpikat.

Antara aroma yang terdapat pada wangian Adidas UEFA Champions League ini adalah:

Top note: Lemon, lavendar dan daun violet

Heart note: Clary sage, epal dan cashmeran

Base note: Vanila, patchouli dan moss

Wangian Adidas UEFA Champions League ini adalah Eau De Parfum (EDP) yang bermaksud aromanya lebih ringan serta dapat memberikan nafas segar bauan indah yang boleh bertahan dari 3 hingga 5 jam. Paling penting, ia boleh tertumpu 2 kali ganda berbanding Eau De Toilette  (EDT)

3. Pemilihan Diet Pemakanan

Kalau korang nak tau, pemilihan diet yang salah juga antara faktor penyebab bau badan tau sebab badan kita memerlukan pengambilan zink dan magnesium bagi mengekalkan keseimbangan metabolisme dan meminumkan risiko bau badan.

Haa, untuk korang yang suka makan makanan pedas tu, tahu tak makanan seperti bawang atau cili ni akan membuatkan badan mengeluarkan gas sulfur bagi proses penguaraian dalam darah dan akan menjadikan badan korang berbau. Serius la?!

Antara makanan lain yang akan menyebabkan badan korang berbau adalah brokoli, keju, taugeh, daging kambing dan kafein tau. Jadi, kalau nak nikmati makanan ni boleh, cumanya perlukan mengawal kadar pengambilan, lagi-lagi waktu hari raya nanti.

Tapi, kalau korang dah memang tak boleh nak kawal kadar pengambilan, korang wajib pakai semburan Adidas UEFA Champions League ni sebab ia dapat membantu untuk mengelakkan daripada badan berbau tau.

Menariknya, semburan ini dapat memberikan perlindungan selama 48 jam, anti-peluh dan anti bau serta sesuai untuk semua jenis kulit. Jadi, korang tak perlu risau lagi untuk berjumpa dengan orang ramai sepanjang hari!

Bukan itu saja, semburan ini juga telah diuji oleh dermatologi serta bebas daripada alkohol tau. Selamat lah untuk korang gunakan selepas mandi nanti.

Sambut Raya Dengan Lebih Segar Bersama Adidas Fragrance & Body Care

Sekarang korang dah tahu kan antara faktor yang menyumbang kepada bau badan? Jadi, untuk mengelakkan daripada masalah ini daripada berlarutan di hari raya, kami sarankan korang untuk dapatkan Siri Adidas UEFA Champions League. 

Ia merupakan rangkaian produk Adidas yang dapat memberikan kebersihan dan perlindungan pada badan walaupun dalam keadaan yang paling ekstrem. 

Jadi, cepat dapatkan rangkaian produk Adidas UEFA Champions League ni sekarang juga di Shopee, Lazada, Zalora dan Watsons.

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat.

Lagi dalam kategori Branded

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas