Connect with us

Oh! Media

Adidas

Branded

3 ‘Trend’ Terkini Anak Muda Yang Ramai Tak Tahu Mampu Menyelamatkan Bumi!

Kalau korang tengok sekarang ni, ramai anak muda mengetengahkan sesuatu trend yang bukan saja fashionable, malah dapat membawa lebih banyak kebaikan untuk masyarakat.

Menariknya, semakin ramai anak muda sekarang menyedari tentang betapa pentingnya menjaga dan melindungi alam sekitar serta mengetahui keseimbangan antara manusia dan alam sekitar. 

Jadi, banyak fesyen-fesyen mampan mereka ketengahkan telah menjadi satu trendsetter kepada seluruh masyarakat. Jadi, kalau nak tahu apakah trend-trend tersebut, jom kami kongsikan 3 trend terkini anak muda!

1. Bawa Bekas Makanan Atau Botol Air Sendiri

Bila keluar makan tengahari, confirm korang akan nampak kebanyakan anak muda membawa bekas makanan dan botol air/tumbler tersendiri ke restoran betul tak? 

Haa, trend ini telah diketengahkan oleh mereka sejak beberapa tahun yang lalu untuk mendidik serta mengajak masyarakat mengurangkan penggunaan plastik supaya dapat menjaga alam sekitar. Baguskan trend ni, bukan saja bergaya, malah bagus untuk persekitaran. 

2. Makan Lebih Sayur-sayuran & Kurangkan Daging

Selain itu, antara trend lain yang semakin ramai anak muda sertai adalah trend pemakan Vegan atau melebihkan sayur-sayuran dan mengurangkan daging pada setiap hidangan mereka. 

Apa yang menarik dengan trend ini adalah ia bukan saja sebagai satu tabiat pemakanan, malah ia juga mendidik masyarakat untuk tidak membahayakan haiwan tau. Wow, bagusnya!

Secara tak langsung, ia juga menggalakan masyarakat untuk lebih mencintai bumi serta menjaga persekitaran dengan lebih baik. 

3. Menggunakan Produk Penjagaan Kulit & Pewangi Vegan

Trend terakhir yang menjadi kegemaran ramai anak muda sekarang ni adalah menggunakan produk penjagaan kulit serta pewangi yang mempunyai bahan vegan. Seriuslah?! 

Untuk pengetahuan, produk-produk kecantikan dan pewangi yang dihasilkan dengan bahan vegan bukan saja hipoalergenik dan selamat untuk digunakan, malah ia juga sangat bagus untuk menjaga alam sekitar tau! Bagusnya! 

Mesti korang tertanya-tanya kan, apakah antara produk-produk yang menggunakan bahan vegan ni? 

Adidas Tampil Dengan Produk Mesra Alam

Untuk pengetahuan, Adidas baru saja melancarkan ‘formula vegan’ terbaru untuk rangkaian wangian mereka tau. Menarik! 

Kalau korang nak tahu, Adidas mengetengahkan 3 konsep dalam penghasilan wangian mereka iaitu:

Love Yourself: Dihasilkan dengan prinsip Clean Beauty, diperbuat dengan formula vegan, tidak mengandungi bahan-bahan kimia bahaya serta terbukti secara klinikal mesra pada kulit yang mana kajian telah dibuat ke atas atlet-atlet. 

Love The Earth: Pembungkusan rangkaian wangian Adidas menggunakan 100% PCR serta dapat membantu mengurangkan 50% penggunaan plastik, bebas pencemaran, mudah untuk dikitar semula, mudah terurai serta mesra alam.

Love Society: Adidas menggalakkan keamanan sosial, jadi wangian yang dihasilkan neutral jantina dan boleh digunakan oleh lelaki dan wanita!

Wah, bagus juga idea Adidas dalam menghasilkan rangkaian wangian mereka, bukan saja untuk kebaikan masyarakat, malah bagus untuk persekitaran! 

Mesti korang dah tak sabar-sabar nak tahu apakah antara wangian yang dihasilkan oleh Adidas betul tak? Jom kita tengok!

Adidas Ice Dive Eau De Toilette

Untuk korang yang suka dengan wangian yang berbau segar serta dingin, korang wajib dapatkan Adidas Ice Dive Eau De Toilette sebab ia diperbuat daripada minyak pati daun pudina semula jadi serta limau gedang yang mengeluarkan aroma sitrus aromatik. 

Adidas Pure Game Eau De Toilette

Siapa dekat sini suka dengan bau alam semula jadi, Adidas Pure Game Eau De Toilette adalah pilihan yang tepat sebab ia dihasilkan dengan minyak pati lemon serta pokok pinus semula jadi yang mengeluarkan aroma kayu lembut. Fuhh, confirm orang sekeliling korang suka! 

Adidas Team Force Eau De Toilette

Kalau korang suka dengan haruman buah-buahan, korang kena guna Adidas Team Force Eau De Toilette sebab ia dihasilkan dengan minyak pati sitrus serta daun nilam semula jadi yang  mengeluarkan bau manis. Haa, kalau korang pakai ni confirm ramai yang jatuh cinta!

Adidas Dynamic Pulse Eau De Toilette

Wangian terakhir ini khas untuk korang yang suka bersenam sebab Adidas Dynamic Pulse Eau De Toilette ini diperbuat dengan minyak pati rosemary dan lemon semula jadi sebagai base yang akan mengeluarkan aroma yang sangat segar! 

Haa, dalam banyak-banyak minyak wangi ni, mana satu pilihan korang? Kalau korang berminat untuk cuba rangkaian wangian Adidas, korang boleh dapatkan di aplikasi e-dagang Shopee atau secara atas talian di Watsons dan Guardian

Korang juga boleh dapatkan rangkaian ini di kedai fizikal Watsons dan Guardian berdekatan dengan korang tau!

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat.

Lagi dalam kategori Branded

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas