Connect with us

Oh! Media

Padah Sepak Kucing, Adidas Tamatkan Kontrak Bintang West Ham Kurt Zouma

kurt zouma

Trending

Padah Sepak Kucing, Adidas Tamatkan Kontrak Bintang West Ham Kurt Zouma

Pemain West Ham United, Kurt Zouma mengundang kritikan ramai selepas tular video memaparkan dia memukul kucing peliharaan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Badan Kucing Macam Sengaja Ditahan, Sampai Leher Tersepit”, Persatuan Haiwan Buru Individu Dera Kucing

Menerusi video tular itu, Zouma dilihat menendang dan menampar kucing yang berada di atas lantai.

Walaupun telah memohon maaf, Zouma berdepan dengan undang-undang apabila tindakan lanjut telah diambil.

Didenda dan berdepan hukuman penjara

kurt zouma

Difahamkan, West Ham mendenda Zouma dengan ‘jumlah paling’ maksimum (£250,000) dan berisiko berdepan hukuman penjara selama empat tahun.

Memetik laporan Daily Mail, West Ham berjanji akan mendermakan dua minggu gaji pemain itu kepada badan amal haiwan.

Adidas tamat kontrak Kurt Zouma

kurt zouma

Tak cukup dengan itu, pengeluar barangan sukan Adidas turut mengesahkan pemain itu telah ditamatkan kontrak tajaan.

Sementara itu, penaja kelab, Vitality Uk berkata pihaknya menggantung penajaannya manakala Experience Kissimmee dan Yield App sedang mempertimbangkan keputusan mereka.

Badan kebajikan RSPCA berkata, kes ini sedang disiasat dan dua ekor kucing pemain itu di bawah jagaan pihaknya.

Kredit: Daily Mail

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas