Connect with us

Oh! Media

Resipi ‘Garlic Butter Prawn’, Sekali Makan Pasti Nak Lagi!

Article 1 25 3

Oh! Lifestyle

Resipi ‘Garlic Butter Prawn’, Sekali Makan Pasti Nak Lagi!

Siapa yang suka makan butter chicken, butter prawn dan seangkatan dengannya? Haa korang pernah tak cuba makan udang butter, tapi tambah bawang putih? Peh, rasa dia memang menyengat! Resipi Oh! Media kali ini adalah daripada Shidah Daud, bukan setakat sedap, tapi senang je nak buat!

Biasanya kalau korang masak udang, mesti masak udang guna kunyit atau masak lemak cili api kan? Haa kalau korang cuba resipi ni, mesti teringat-ingat keesokkan harinya!

139459939 10159199638096823 8233596516179845011 n

Bahan-bahan

  • Udang
  • Butter
  • Garam
  • Chili flakes
  • Lada hitam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Cili hijau
  • Daun kari
  • Daun ketumbar
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Jus perahan lemon
  • Susu cair
  • Cheddar cheese

Cara-cara

Bila dah ada semua bahan, lagi senang lah korang nak buat! Pertama sekali, gaul udang dengan sedikit garam, cili flakes dan serbuk lada hitam. Masak sekejap je dengan butter sampai separuh masak. Bila dah kekuningan sikit, angkat dan ketepikan.

IKLAN
garlic butter prawn

Kemudian, tumis 1 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, 3 tangkai cili kering, 5 biji cili hijau, setangkai daun kari bersama sedikit daun ketumbar.

garlic butter prawn

Seterusnya, korang masukkan sedikit kunyit serbuk dan perahan jus lemon!

garlic butter prawn

Masukkan sedikit susu cair, agak-agak ikut kemahuan korang.

garlic butter prawn

Dah campur dengan susu, seterusnya korang boleh masukkan udang yang separuh masak tadi ke dalam kuah.

garlic butter prawn

Akhir sekali, masukkan sehelai cheese dan siap!

garlic butter prawn

Macam mana? Mudah je kan nak buat garlic butter prawn ni? Korang boleh lah cuba buat resipi ni dekat rumah! Mesti anak-anak suka sangat. Selamat mencuba!

No photo description available.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas