Connect with us

Oh! Media

Resipi Creamy Crab Croquette, Boleh Buat Bekal Anak Ke Sekolah!

Creamy Crab Croquette

Oh! Lifestyle

Resipi Creamy Crab Croquette, Boleh Buat Bekal Anak Ke Sekolah!

Memandangkan sekarang ini sudah mula sesi persekolahan, mesti ibu-ibu dah mula mencari resipi-resipi yang mudah untuk dibuat, nak buat bekal anak ke sekolah kan? Haa jangan risau dah! Hari ini Oh! Media nak kongsi resipi Creamy Crab Croquette, sangat mudah untuk dibuat!

ADVERTISEMENT

Bahan-bahan yang perlu digunakan semuanya sangat mudah dicari, mungkin ada je dekat dapur korang tu! Kalau korang buat resipi ni untuk anak-anak, mesti bertambah-tambah la sayang diorang nanti!

Resipi ni bukan je sedap, tapi memang senang nak buat. Jom mula!

Bahan-bahan

  • Isi ketam
  • Bawang merah
  • Daun bawang
  • Butter
  • Tepung gandum
  • Susu full cream
  • Telur
  • Serbuk roti

Cara-cara

Pertama sekali, korang kena rebuskan isi ketam sekejap. Masukkan dalam mangkuk, letak bawang merah yang sudah didadu dan hirisan daun bawang.

Gaulkan semua dan letakkan satu ketul kiub pati ayam, gaul sehingga hancur kiub pati ayam tu dan biarkan sekejap.

 Creamy Crab Croquette
May be an image of food and indoor

Kemudian, korang dah boleh mula untuk buat cream pula dengan panaskan pan dan cairkan butter.

Bila butter dah cair, korang masukkan tepung gandum dalam 3 hingga 4 sudu. Kacau sehingga adunan jadi pekat.

May be an image of dessert and indoor

Kemudian masukkan susu full cream dan kacau sampai pekat lagi.

Apabila adunan dah cukup pekat, korang masukkan bahan utama tadi, isi ketam! Gaulkan semua dan bagi isi ketam dan juga cream jadi sebati.

 Creamy Crab Croquette
May be an image of food and indoor

Untuk bahan terakhir, korang perlukan telur dan serbuk roti.

 Creamy Crab Croquette

Kemudian, ambil isi ketam yang dah campur tadi, bulatkan isi ketam tersebut. Dah bulat cantik bentuk dia, celupkan dalam telur dan serbuk roti. Ulang dua kali untuk celupan tular dan serbuk roti agar bebola lebih padat dan tak pecah.

Dah siap salut, korang masukkan sekejap dalam peti ais bagi dia sejuk dulu dalam 1-2 jam supaya tak lembik.

 Creamy Crab Croquette
May be an image of food and indoor

Bila bebola tadi dah sejuk betul korang panaskan minyak dan goreng je! Bila dah nampak keemasan bebola, korang angkat dan toskan. Siap untuk dimakan!

 Creamy Crab Croquette
May be an image of foodMay be an image of food

Mudah je kan? korang boleh buat hujung minggu, buat seklai banyak dan simpan dalam freezer. Bila nak goreng, tinggal ambil je! Anak nak pergi sekolah pagi-pagi tu boleh lah gorengkan untuk sarapan. Memang sedap, rugi kalau tak cuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas