Connect with us

Oh! Media

Remaja Tingkatan 4 Terpaksa Berhenti Sekolah Demi Jaga Ibu Terlantar Sakit

Ohmedia ibusakit

Oh! Lifestyle

Remaja Tingkatan 4 Terpaksa Berhenti Sekolah Demi Jaga Ibu Terlantar Sakit

Demi menjaga ibunya yang sakit, gadis berusia 16 tahun ini sanggup melupakan hasrat untuk kembali ke sekolah kerana perlu menjaga ibunya yang terlantar sakit sejak tiga bulan lagi.

Memetik laporan Harian Metro, Ain Nayuni Azian, 16, memberitahu, dia terpaksa menjaga ibunya, Norli Mohd Adnan, 37, yang menghidap penyakit sistemik lupus eritematosus (SLE) sejak 12 tahun lalu.

Menurut Ain, keadaan ibunya menjadi lebih teruk sejak tiga bulan lalu sehingga terpaksa berkorban untuk menjaga ibunya.

IKLAN

Tambahnya, dia sahaja yang boleh diharapkan menjaga ibu yang terlantar dan memerlukan perhatian sepenuhnya untuk menukar lampin pakai buang dan memberi susu.

Dia juga berkata ibunya memerlukan penjagaan rapi kerana dia tidak dapat menguruskan dirinya sendiri.

Sebelum ini, gadis itu menerima kunjungan Ketua Puteri Umno Gua Musang Norfadzlete Aryani Mat Rosli yang datang melawat di Hospital Gua Musang.

Ain Nayuni memberitahu ibunya bergantung kepada susu yang diberikan melalui wayar selain lampin yang perlu ditukar tiga atau empat kali sehari.

Difahamkan, kos tanggungan bagi ibu gadis berikut dalam lingkungan RM500 sebulan dan itu tidak termasuk keperluan seluruh keluarga.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas