Oh! Tidak
Gadis Ini Dilarang ‘Live Streaming’ Sebab Terlalu Cantik
Gadis cantik Universiti Tsinghua dilarang ayah buat live streaming. Ini kisah sebenar Zhang Shenxinran.
Seorang penuntut di Universiti Tsinghua, Zhang Shenxinran, kembali mencuri perhatian netizen selepas tiga tahun menyepi daripada dunia sosial media. Dahulunya viral kerana wajahnya yang mempesona, kini Zhang sekali lagi menjadi bualan apabila mula aktif di media sosial.
Namun, kemunculan semulanya itu telah dilarang bapanya. Katanya, aktiviti itu tidak sesuai untuk gadis yang terlalu cantik, sekaligus mencetuskan perdebatan hangat di media sosial China.
Bukan sekadar cantik, gadis ini juga pelajar cemerlang…

Zhang bukan calang-calang pelajar. Dia diterima masuk ke Universiti Tsinghua pada 2022 selepas mencatat keputusan cemerlang dalam ‘gaokao’, iaitu peperiksaan masuk universiti kebangsaan China. Lebih membanggakan, dia merupakan individu pertama dari kampungnya di Daerah Zhaoan, Fujian, yang berjaya menjejak kaki ke universiti elit itu.
Sebagai tanda sokongan, keluarganya memberikan biasiswa sebanyak 105,000 yuan (kira-kira RM62,509). Namun, Zhang memilih untuk mendermakan kesemua wang tersebut kepada pelajar miskin, menyebabkan kisahnya tular dan dihormati ramai.
Sesetengah orang berkata saya menderma untuk meningkatkan profil saya. Saya berasa sedih mengenainya.- Luah Zhang.
Zhang muncul semula dengan identiti baharu…

Setelah sekian lama menyepi, Zhang kini muncul kembali dan aktif berkongsi kehidupan hariannya di kampus melalui media sosial. Dalam satu kenyataan, dia menjelaskan hasratnya untuk kembali dikenali, namun dengan identiti baharu.
Sekarang mereka mungkin sudah melupakan saya. Saya ingin muncul semula di khalayak ramai dengan identiti baharu.- Katanya.
Dia turut menyuarakan impiannya untuk menjadi pensyarah universiti atau guru sekolah menengah suatu hari nanti.
Pssttt! Kisah Zhang membuktikan bahawa kecantikan dan kebijaksanaan bukan dua perkara yang bertentangan. Namun, tekanan sosial dan persepsi masyarakat kadang-kala menjadi penghalang kepada wanita muda untuk mengekspresikan diri mereka secara terbuka. Oh! Media berharap agar lebih ramai ibu bapa menyokong minat dan potensi anak-anak, selagi ia tidak melanggar nilai murni.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.