Connect with us

Oh! Media

Rasa Penat Dan Mengantuk Tapi Sukar Untuk Tidur Malam, Apakah Puncanya?

Oh! Lifestyle

Rasa Penat Dan Mengantuk Tapi Sukar Untuk Tidur Malam, Apakah Puncanya?

Anda pasti pernah mengalami situasi yang mana tubuh badan berasa letih dan mengantuk dan ingin melelapkan mata, tetapi apabila kita berbaring, terdapat kesukaran untuk tidur.

ADVERTISEMENT

BACA: 11 Checklist Untuk Tidur Berkualiti, Elak Prestasi Kerja ‘Drop’ Gara-Gara Tak Cukup Rehat

Perkara ini dilihat sering berlaku pada zaman sekarang yang mana masyarakat sering mengendahkan masa tidur mereka tanpa memikirkan kesan buruknya pada masa hadapan.

Menurut Sinar Harian, kaji selidik Kesihatan oleh The Nielsen Company, mereka mendapati 9 daripada 10 orang atau seramai 89 peratus masyarakat di Malaysia mengalami masalah untuk tidur.

Namun disebalik masalah itu, adakah kita pernah terfikir apakah punca atau sebab utama kemungkinan perkara itu boleh berlaku? Apapun mari kita semak.

1. Sukar tidur disebabkan kafein

Umum mengetahui, pengambilan minuman berkafein seperti kopi, teh atau minuman bertenaga lain merupakan salah satu budaya yang digemari oleh masyarakat.

Selain itu, ramai juga tidak mengetahui kebaikan dalam pengambilan minuman berkafein ini termasuklah mengembalikan tenaga serta mampu meningkatkan stamina selepas bersukan.

Tetapi, kafein juga mempunyai keburukkan terutama sekali ia mampu menjejaskan keupayaan untuk tidur dan membuatkan anda berjaga lebih dari waktu yang sepatutnya.

Oleh itu, jika kita ingin mengambil minuman berkafein, pastikan pengambilannya lebih kurang 5 jam sebelum waktu tidur dan sebaiknya lebih dari tempoh itu jika anda sensitif terhadap kafein.

2. Keadaan katil yang kurang selesa

Katil ialah sejenis perabot yang membenarkan manusia berbaring padanya. Ia juga digunakan oleh masyarakat sebagai tempat untuk tidur pada waktu malam.

Namun adakah kita sedari bahawa keadaan katil yang tidak selesa mampu menjadi punca yang menjejaskan tidur anda oleh kerana badan tidak menerima posisi yang sesuai ketika itu.

Jika terdapat individu yang gemar tidur bersama haiwan peliharaan, ia juga mampu menjadi punca utama anda terjaga. Mungkin faktor bulu serta kelincahan si comel yang mengganggu anda semasa sedang dibuai lena.

Sebaliknya, anda boleh menyelesaikan masalah itu dengan menjauhkan haiwan peliharaan dari katil dan mungkin boleh mendapatkan katil atau tilam yang lebih luas untuk memberikan lebih keselesaan.

3. Terlalu memikirkan hal dunia

Selain daripada minuman berkafein dan keadaan tidak selesa semasa tidur, faktor tekanan juga mampu menjadi punca seseorang sukar untuk tidur pada waktu malam.

Hal itu mungkin kerana terlalu memikiran soal kerja ataupun menghadapi masalah peribadi dan keluarga, ia membuatkan seseorang memikirkan perkara itu berulang kali sehingga mengganggu masa tidur mereka.

Oleh itu, kita digalakan utuk mengelakkan dari memikirkan hal itu dan cuba untuk menenangkan diri dengan mandi air suam, meregangkan badan serta mendengar muzik yang menenangkan.

4. Keadaan suhu serta pencahayaan di dalam bilik

Keadaan suhu dalam bilik juga mampu menjadi faktor utama yang menyebabkan seseorang sukar untuk melelapkan mata oleh kerana muncul ketidakselesaan melibatkan keadaan sekeliling.

Suhu bilik yang terlalu panas atau terlalu sejuk akan menyebabkan anda tidak berasa selesa sekaligus menyukarkan diri kita untuk tidur.

Selain itu, bilik yang terlalu cerah atau pencahayaan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan melatonin yang sedikit yang akan menyebabkan anda terjaga pada waktu malam.

Sebagai info, Melatonin merupakan salah satu bahan kimia dalam tubuh badan yang membantu kita untuk tidur, Kekurangan kimia ini juga mampu menyebabkan insomnia.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi kita memastikan suhu serta pencahayaan yang sesuai walaupun setiap individu mempunyai perbezaan citarasa. Namun, seeloknya citarasa itu tidak menyebabkan anda kurang mendapatkan tidur yang cukup.

5. Bermain telefon sebelum tidur

Tidak dapat disangkal lagi bahawa hampir segelintir masyarakat gemar mewujudkan budaya bermain telefon untuk bermain sosial media sebelum tidur.

Lebih-lebih lagi pada era sekarang yang kaya dengan penggunaan teknologi canggih serta gajet yang menyebabkan seseorang menjadi ketagih jika berjauhan darinya walaupun sesaat.

Tetapi adakah kita tahu bahawa apabila anda melihat telefon sebelum tidur, otak anda akan menganggap bahawa lampu dari telefon itu adalah cahaya pada waktu siang dan menyebabkan badan tidak mengeluarkan melatonin yang secukupnya.

Oleh itu, cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mematikan serta menutup segala alat peranti digital termasuklah telefon pintar, komputer dan televisyen sebelum melelapkan mata.

Walaubagaimanapun, terdapat banyak lagi punca-punca yang mampu menyukarkan seseorang untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Anda boleh mencarinya sendiri dengan melayari internet untuk mengkaji lebih lagi tentang faktor yang berkemungkinan.

Namun, kita tidak digalakan untuk mendapat bantuan perubatan yang tidak mendapat kelulusan dari doktor. Oleh itu, jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, anda disarankan untuk bertemu pakar bagi memberikan jalan penyelesaian terbaik dari segi perubatan untuk membantu masalah anda.

Kredit: Hello Doktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas