Connect with us

Oh! Media

11 Checklist Untuk Tidur Berkualiti, Elak Prestasi Kerja ‘Drop’ Gara-Gara Tak Cukup Rehat

Cover Photo Om 1200 X 675 81

Trending

11 Checklist Untuk Tidur Berkualiti, Elak Prestasi Kerja ‘Drop’ Gara-Gara Tak Cukup Rehat

Dalam usaha membendung penularan Covid-19, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana orang ramai disaran bekerja dari rumah sahaja. Bermula daripada tahun lepas, orang ramai sudah mula membiasakan diri dengan norma baharu ini.

BACA: Pelajar Universiti Temui Ajal, Dipercayai Stres Dan Tak Cukup Tidur Kejar Tarikh Hantar ‘Assignment’

Malah, ramai yang sudah menyiapkan bilik atau ruang yang selesa agar sentiasa produktif sehingga habis waktu bekerja. Walau bagaimanapun, bekerja daripada rumah diakui lebih mencabar jika dibandingkan di pejabat. Ada sahaja gangguan yang menyebabkan individu hilang fokus. Prestasi kerja individu turut menurun disebabkan rehat yang tidak cukup.

IKLAN

Di Facebook, Public Health Malaysia menyenaraikan 11 checklist yang perlu diambil kira untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Antaranya adalah memastikan bilik tidur dalam keadaan gelap dan senyap. Selain itu individu perlu mengelakkan diri daripada makan dua jam sebelum tidur.

235893410 3009907289299123 2890202633067621238 n

CHECKLIST CONFIRM TIDUR PUAS

Sedih kami dengar rintihan follower apabila menceritakan prestasi kerja yang menurun disebabkan tidak cukup tidur.

Ada yang mempunyai masalah tidur disebabkan masalah keluarga, pasangan, penyakit dan pelbagai lagi sebab. Banyak punca kita tidak dapat tidur dengan baik sebenarnya.

Senarai semak lain adalah memastikan individu tidur pada waktu yang sama setiap hari selama 7 ke 9 jam. Bagi individu yang memelihara kucing, pastikan kucing dialih keluar daripada bilik terlebih dahulu.

Individu turut disaran belajar teknik bertenang dan melakukan regangan otot. Ini dapat membantu anda tidur dengan nyenyak sekaligus mendapat rehat yang secukupnya. Walau bagaimanapun jika masalah tetap berterusan, individu dinasihatkan untuk berjumpa doktor mendapatkan rawatan selanjutnya.

Memetik laporan Hello Doktor, anggaran 30% sehingga 45% golongan dewasa mengalami masalah insomnia di mana mereka tidak dapat tidur. Tabiat menggunakan telefon bimbit menjadi penyumbang kepada punca individu kurang tidur.

Lapor portal itu lagi, tidur yang cukup mampu memberikan kesan positif kepada kesihatan diri. Antaranya adalah meningkatkan pembelajaran dan memori, mengatur selera makan dan mempengaruhi metabolisme badan, serta meningkatkan kualiti kesihatan kulit.

Jadi, mulai hari ini marilah sama-sama kita mendapatkan tidur yang berkualiti. Yang penting konsisten ya!

Kredit: Public Health Malaysia, Hello Doktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas