Connect with us

Oh! Media

Pening Nak Tahu Madu Yang Dibeli Asli Ke Tak? Ni Cara Nak Buktikan!

madu asli

Oh! Lifestyle

Pening Nak Tahu Madu Yang Dibeli Asli Ke Tak? Ni Cara Nak Buktikan!

Sekarang ni ramai yang dah mula makan madu dan beli madu untuk dimakan setiap hari. Banyak khasiat yang boleh kita dapat apabila makan madu asli dengan kuantiti yang betul, setiap hari.

ADVERTISEMENT

Tapi masalah yang selalu kita hadapi, adakah kita pasti madu yang kita beli tu asli? Macam mana cara nak pastikan madu yang dibeli tu asli atau palsu?

Haa, sebenarnya ada macam-macam cara nak pastikan madu yang kita beli tu asli ke tak. Kadang-kadang orang yang jual madu ni hanya guna gula je dan bukan jual madu dari proses yang betul. Bila makan, tak jadi sihat pun la kan? Ianya lebih memudaratkan, sebab hanya makan ‘gula’ bukan madu.

madu asli

Madu yang asli pastinya akan memberi banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan kita. Bagaimana cara nak tahu ianya asli atau tidak?

@darlina2020 di TikTok ada berkongsi cara untuk memastikan sama ada madu yang kita beli tu asli ataupun tidak! Dan ada juga netizen berkongsi cara lain yang selalu mereka buat di rumah. Jom kita tengok!

1. Campurkan dengan air

@darlina2020 #maduasli #sunnahnabi #amalan #tips #nasrundarlinateam ♬ original sound – Ladyana Aziz – ladyanaaziz🔘

Berdasarkan video di atas, korang perlukan madu dan air je! Campurkan sedikit madu dan air sikit di dalam pinggan. Kemudian korang pusingkan campuran tersebut, dan tengok apa yang terjadi! Kalau campuran tu jadi macam ‘sarang lebah’, maksudnya asli la madu korang tu! Tapi kalau campuran tu larut, maksudnya madu tu dah bercampur dengan gula.

2. Bakar sudu besi

@darlina2020 Reply to @kupijantan ♬ Coffee – beabadoobee

Cara kedua yang korang boleh buat adalah dengan ambil satu sudu madu dan bakar bawah sudu besi tersebut. Kalau madu tu tak keras, maksudnya madu itu asli dan kalau madu tersebut keras, maksudnya ia adalah campuran gula.

3. Letak dalam peti ais

@darlina2020 Reply to @wann1981 ♬ original sound – Tik Toker

Cara terakhir adalah, korang letakkan je madu yang korang ada dalam peti ais! Haa, kalau madu tu keras maksudnya memang sah la dia ada campuran gula. Tapi, kalau madu yang korang masukkan tu masih liquid dan tak keras, maksudnya ia madu yang asli.

madu asli

Itulah dia cara-cara untuk mengenal pasti sama ada madu yang kita beli asli ataupun tidak. Lepasni bolehlah korang buat uji kaji sendiri dekat rumah sebab mudah je nak tahu kan?

Pastikan korang amalkan makan madu yang asli supaya tidak memberi kemudaratan kepada badan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas