Connect with us

Oh! Media

Pengunjung Tertekan Pengusaha Pacak Khemah Sepanjang Pantai Port Dickson

ohmedia teluk kemang

Oh! Lifestyle

Pengunjung Tertekan Pengusaha Pacak Khemah Sepanjang Pantai Port Dickson

Siapa tak tertekan kalau kita dari rumah bayangkan pantai yang luas terbentang tapi bila sampai terlindung pula dengan banyak khemah. Inilah apa yang berlaku di pantai Port Dickson (PD) sejak dahulu hingga sekarang sehingga pengunjung terpaksa membuat aduan kepada MPPD.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa kemudian menasihatkan pengusaha khemah untuk tidak memacakkan khemah sewaan buat masa sekarang bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati suasana pantai.

teluk kemang port dickson 10

Kita menerima aduan dan rungutan daripada pengunjung pantai yang diganggu pengusaha khemah meminta mereka berpindah dan mengalihkan barang semata-mata untuk memacak khemah berkenaan. Aduan diterima di sekitar Pantai Cermin. Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan jika pengusaha masih ingkar.

Menurut Zamri, pada Jun 2020, kerajaan negeri telah mengarahkan pengusaha khemah untuk hanya memacakkan khemah jika hanya ada permintaan dari pengunjung.

IKLAN

Inilah yang sepatutnya dilakukan, pengusaha khemah sepatutnya menyimpan dahulu khemah di tempat khas dan hanya memasang khemah selepas ada pengunjung yang berminat dengan perkhidmatan mereka.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas