Connect with us

Oh! Media

Mudah Dan Berkhasiat, Ini Resepi Puding Taufu Yang Wajib Korang Cuba

Oh! Lifestyle

Mudah Dan Berkhasiat, Ini Resepi Puding Taufu Yang Wajib Korang Cuba

Bila sebut saja pasal Taufu, mesti dalam kalangan korang akan berfikir nak buat Taufu stim, Taufu masak pedas dan sebagainya disebabkan ia menjadi salah satu makanan kesukaan masyarakat kini dengan teksturnya yang lembut dan juga berkhasiat. Bukan sahaja harganya yang murah, malah orang ramai begitu mudah untuk mendapatkannya oleh sebab setiap kedai yang menjual barangan mentah sudah pasti tidak akan kehabisan stock.

ADVERTISEMENT

Apakah itu taufu dan apa kelebihanya kepada tubuh badan? Taufu atau tauhu dihasilkan dengan mengeraskan pati soya menggunakan garam mineral seperti Kalsium Sulfat. Unsurnya yang mempunyai pati soya membuatkan Taufu menjadi menjadi sangat berkhasiat dan sesuai untuk kesihatan tubuh badan.

Menurut Healthy Care Info, antara kelebihannya termasuklah mengandungi khabohidrat yang bersih, mampu menurunkan berat badan, membekalkan tenaga kepada manusia dan sebagainya. Oleh sebab itu, resepi ini sangat sesuai untuk golongan yang sedang mengamalkan makanan sihat dan menjaga kalori pemakanan harian.

Tapi tahukah korang, Taufu juga boleh digunakan untuk membuat manisan seperti puding? Bukan sahaja mudah, malah lazat dan penuh khasiat disebabkan kandungan protien yang tinggi.

Resepi kek Taufu tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama Healthywithalex yang sebelum ini turut berkongsikan resepi-resepi yang berunsurkan makanan sihat kepada penonton.

Korang mesti dah tak sabar nak cuba kan? Jom kita lihat resepi bagaimana untuk menyediakan puding Taufu ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 400g Taufu lembut

2. Almond Milk (Boleh juga digantikan dengan susu kurang lemak)

3. Satu sudu teh cecair Vanilla

4. Garam (Secubit)

5. 100g Chocolate Chip (kurang gula)

Cara-cara penyediaan

1. Masukkan 400g Taufu lembut, Almond Milk(agak-agak), vanila dan garam ke dalam blender dan kisar hingga sebati.

2. Cairkan coklat yang korang pilih dan masukkan ke dalam blender dan kisar sehingga sebati.

3. Selesai kisar sehingga sebati, masukkan hasil adunan tadi ke dalam bekas makanan (Terpulang nak pakai bekas yang mana).

4. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga puding betul-betul sedia dihidang.

5. Lepas puding sudah bersedia untuk dihidang, korang boleh letak apa-apa sahaja topping yang disukai. Macam contoh untuk resepi ni menggunakan serbuk koko bagi menghiasi puding Taufu.

6. Siap untuk dihidang!

Macamana? senang kan! korang boleh lah hidangkan untuk dijamu bersama keluarga tersayang ataupun untuk mengisi masa lapang. Korang juga boleh ikuti video di bawah untuk mudah faham dalam menyediakan puding Taufu.

https://www.tiktok.com/@healthywithalex/video/6977158351457111302?_d=secCgYIASAHKAESMgowguC1AEbOC2yICY8d%2F7A%2BKfEWfOBBXrA2GnWnpJeOXeQiriJfgTESWakSgkzCGNvHGgA%3D&checksum=280700c3952c4567746f8e4346e87bb0a9fc877da9fcf769acd5f8b4647d3a26&language=en&mid=6746993352891189249&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA6AjC6TIO0hB_PI4Ol9VVENssEeG_wbA5FgMrWv9wz0MtMIQwt53hrVKGRaybkLnz&share_app_id=1180&share_item_id=6977158351457111302&share_link_id=821E7FF0-A35F-4B4F-9F86-31D0B91EAE21&source=h5_t&timestamp=1624593255&tt_from=copy&u_code=dfgj5e36a75d4j&user_id=6897234244780246021&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

redit: Healthywithalex, Healthy Care Info, Manis Madu

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas