Connect with us

Oh! Media

Mengapa Kad Debit Dan Kredit Perlu Ada Tarikh Luput? Ini Alasannya

Oh! Lifestyle

Mengapa Kad Debit Dan Kredit Perlu Ada Tarikh Luput? Ini Alasannya

Kad debit adalah kad pembayaran plastik yang boleh digunakan sebagai ganti wang tunai semasa membuat pembelian.

ADVERTISEMENT

BACA: Gara-Gara Nombor Kad Pengenalan, Wanita Rugi RM4,000

Namun, tular baru-baru sebuah foto memaparkan orang ramai yang beratur panjang di beberapa cawangan bank semata-mata ingin menukar kad ATM yang tamat tempoh.

Keadaan tersebut membuatkan ramai yang marah dan merasakan pihak bank sepatutnya mencari solusi baharu agar keadaaan tersebut tidak berlaku lagi.

Akan tetapi, adakah anda tahu mengapa kad debit atau kredit mempunyai tarikh tamat tempoh dan perlu menukar yang baharu mengikut tarikh tersebut? Mari kita semak.

1. Mengelakkan sebarang penipuan

Menurut sumber, tarikh luput pada kad tersebut akan berguna dalam setiap transaksi. Jika seseorang membuat pembayaran secara atas talian dengan menggunakan kad kredit atau debit, maka maklumat berkenaan tarikh luput adalah salah satu perkara yang diminta untuk diisi.

Pengesahan tarikh luput ini sedikit sebanyak membantu bagi mengelakkan kad kredit dan debit digunakan oleh seseorang yang tidak dikenali.

Hal ini kerana, mereka (pencuri) mungkin mempunyai nombor yang tertera pada kad anda, tetapi tidak tahu akan tarikh luput pada kad tersebut.

Lebih-lebih lagi apabila anda menukar kad baharu, sudah pasti tarikh luput tersebut juga akan bertukar. Jika pencuri mengetahui nombor serta tarikh luput terdahulu, maka mereka tidak akan dapat mengetahui tarikh luput yang baharu.

2. Kemaskini ciri keselamatan baharu

Setiap kali kad kredit atau debit anda tamat tempoh, pemilik kad perlulah mendapat kad baharu daripada pihak bank kerana ia tidak lagi berfungsi.

Tetapi adakah anda tahu bahawa, setiap kali anda menukar kad baharu, ciri-ciri pada kad tersebut telah dikemaskini dengan sistem terbaharu bagi menguatkan lagi keselamatan data pemilik.

Seperti contoh, mungkin kad yang telah dikemaskini akan mempunyai beberapa teknologi baharu seperti penambahan cip Europay Mastercard and Visa (EMV). Ia semestinya memberikan ciri keselamatan yang terbaik berbanding kad sebelumnya.

3. Pembaharuan Akaun

Apabila berlaku situasi kad kredit atau debit anda telah tamat tempoh, anda berpeluang untuk memilih sama ada ingin memperbaharui akaun tersebut atau tidak.

Semasa pergi ke bank untuk menjalani proses pembaharuan kad, anda boleh meneliti semula terma dan syarat bank berkenaan, Jika pembaharuan yang ditawarkan tidak memenuhi kriteria yang diinginkan, maka anda boleh memilih sama ada ingin meneruskan atau menghentikannya.

4. Keadaan kad

Bagi setiap pengguna kad yang sudah lama atau sudah kelihatan usang, sudah pasti anda akan mengalami masalah pada cip yang kadang-kala mengalami kesukaran untuk membaca data.

Perkara ini sering berlaku kepada penggunaan kad yang berterusan, jalur magnetik dan cip pada kad debit atau kredit akan menjadi kurang sensitif atau rosak. Malah, fizikal pada kad tersebut juga akan kelihatan seperti mudah patah atau bengkok jika seseorang tidak menjaganya dengan betul.

Oleh itu, dengan adanya tarikh luput yang ditetapkan, ia akan memudahkan anda menukarnya kepada yang baharu dan mampu menangani masalah tersebut.

Kesimpulannya setiap ketetapan yang dibuat pasti ada fungsi yang tertentu, sama juga seperti kad bank tersebut yang mempunyai tarikh luput bagi melindungi pengguna dari sebarang risiko.

Maka dengan itu, anda perlulah menukar kad tersebut kepada yang baharu jika tarikh berkenaan sudah hampir tiba bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini berlaku.

Kredit: BankRate

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas