Connect with us

Oh! Media

Inovasi ‘Crossing Arm’ Amerika & Kanada Dapat Elak Perlanggaran Murid Dengan Bas Sekolah?

bas sekolah

Oh! Lifestyle

Inovasi ‘Crossing Arm’ Amerika & Kanada Dapat Elak Perlanggaran Murid Dengan Bas Sekolah?

Sejak dulu hingga baru-baru ini, banyak kemalangan melibatkan kanak-kanak dengan bas sekolah. Jika dilihat, punca kejadian lebih kurang sama iaitu pemandu van atau bas tidak perasan ada kanak-kanak melintas dari belakang mahupun hadapan mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Insiden Murid Dilanggar Van Sekolah Bukan Perkara Baru, Ini 3 Kejadian Serupa Yang Pernah Berlaku

Jadi, apa yang kita dah lakukan untuk elak kejadian serupa berlaku?

Selain daripada memastikan semua pemandu van sekolah mempunyai permit, mungkin ada perkara lain yang boleh kita usahakan. Bercakap soal itu, kami tertarik dengan perkongsian dari Abudi Alsagoff di Facebook miliknya yang melihat inovasi keselamatan pada bas sekolah di Amerika dan Kanada patut dilakukan di Malaysia.

Bas sekolah Amerika dan Kanada gunakan Crossing Arm…

Di Amerika dan Kanada, untuk elak kemalangan bas, mereka gunakan alat bas “crossing arm” ini. Kita kena wajibkan guna benda sama pada van dan bas.

Satu lagi inovasi bas sekolah mereka adalah tanda “STOP” (BERHENTI) dekat tepi bas tu. Bila bas berhenti, ia akan terbuka keluar dari sisi bas 6-10 kaki, lengkap dgn kelipan lampu merah. Ia bagi memastikan pemandu dari kedua arah berhenti hingga semua anak-anak selamat turun melintas jalan.

May be an image of road

Di Malaysia ni, perlu tunggu kroni politikus yang mana untuk lobi implementation road safety for our school children? – Soalnya.

Melihat dari apa yang dilakukan di sana, ianya amat membantu kerana dengan palang yang dipasang pada bas, kanak-kanak yang turun akan melepasi palang jika mahu melintas dan pemandu akan dapat melihat kehadiran mereka.

May be an image of 5 people, people standing and road

Ini kerana untuk kenderaan yang besar seperti bas, banyak titik buta yang menyukarkan mereka untuk melihat kehadiran orang, apatah lagi budak kecil.

May be a cartoon of 1 person and text that says '10 FEET S School Bus Danger Zones MOST DANGER ANGEROUS ZONE PASSING CARS FROM DANGER 10 FEET AREA WALKING 10 FEET'

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit bayangan kepada pihak berwajib tentang apa yang boleh dilakukan.

Kredit: Facebook Abudi Alsagoff

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas