Connect with us

Oh! Media

Insiden Murid Dilanggar Van Sekolah Bukan Perkara Baru, Ini 3 Kejadian Serupa Yang Pernah Berlaku

kemalangan

Trending

Insiden Murid Dilanggar Van Sekolah Bukan Perkara Baru, Ini 3 Kejadian Serupa Yang Pernah Berlaku

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan video menunjukkan sebuah van putih melanggar maut kanak-kanak tujuh tahun. Insiden yang berlaku di taman perumahan di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang itu bukanlah perkara baru kerana sudah kerap kali kejadian seperti ini berlaku.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Disyaki Tiada Permit Dan Cuai? SGBM Mahu Tindakan Setimpal Diambil

Lebih kesal bila siasatan mendapati pemandu van wanita itu tidak mempunyai permit. Disebabkan itu ramai yang berasa tidak berpuasa hati lebih-lebih lagi pemandu itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Kejadian serupa pernah berlaku beberapa tahun lalu

1. Johor Bahru, Jun 2014

Pada waktu ini seorang murid tahun satu telah dilanggar sebuah bas sekolah yaang baru sahaja dinaikinya di Jalan Seroja, Taman Plentong Baru. Adik Balqis Atiqah Hamdan Rasan Tawani Ahmad yang baru pulang dari sekolah itu sedang melintas jalan menuju ke rumahnya.

Tapi atas kecuaian pemandu bas sekolah mini yang tidak peka dengan keadaan sekeliling dan terus bergerak ke depan telah melanggar mangsa yang berada di hadapan bas. Pemandu bas hanya menyedari kejadian itu selepas mendengar jeritan orang ramai dan mendapati adik Balqis terbaring atas jalan raya di belakang kanan bas.

Adik Balqis yang cedera parah di kepala tidak dapat diselamatkan selepas hampir dua jam dirawat di Hospital Sultan Ismail.

2. Tawau Sabah, Mac 2019

Insiden kali ini melibatkan murid lelaki darjah 2 yang maut dilanggar van di sebuah sekolah. Mangsa dikenali sebagai Muhammad Addrieyansya Abdullah yang ketika itu baru keluar dari sekolah.

Pemandu van yang didapati tidak mempunyai permit bas sekolah itu sedang menunggu murid keluar. Suspek kemudian mengundurkan van dan bergerak ke hadapan untuk beredar sebelum terdengar bunyi perlanggaran. Dia sedar telah melanggar seorang budak sekolah. Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau.

3. Pulau Pinang, Mac 2020

Insiden yang berlaku di Paya Terubong, Pulau Pinang ini melibatkan kanak-kanak bernama Ngoh Zhoo Han. Mangsa yang baru sahaja turun dari van sekolah berlari untuk pulang ke rumah.

Mangsa kemudian dirempuh van dipandu lelaki berumur 57 tahun yang juga sedang menurunkan murid sekolah di kawasan berkenaan. Pemandu van cuba mengelak namun gagal kerana mangsa tiba-tiba muncul di hadapan. Mangsa disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan, Hospital Pulau Pinang.

Ada banyak lagi kemalangan yang melibatkan kanak-kanak. Semoga kita sebagai orang dewasa lebih peka dengan keadaan sekeliling. Pihak berwajib juga perlu mengambil tindakan tegas dan sewajarnya kepada pemandu yang didapati cuai dan melanggar undang-undang.

Kredit: Sinarplus

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas