Connect with us

Oh! Media

Lebih Banyak Pilihan Makanan Lazat & Diskaun Sehingga 40 Peratus Menanti Di foodpanda

Oh! Lifestyle

Lebih Banyak Pilihan Makanan Lazat & Diskaun Sehingga 40 Peratus Menanti Di foodpanda

Syarikat penghantaran makanan terkenal foodpanda, terus mengukuhkan jenamanya. Kali ini, lebih banyak restoran dengan tawaran makanan dan minuman menarik boleh didapati di platform ini.

ADVERTISEMENT

Oh! Media bertuah kerana kami diberi peluang merasai sendiri makanan daripada beberapa restoran baru di platform foodpanda dan ini yang kami nak recommend untuk korang cuba.

1. Soul Brew

Menawarkan pelbagai jenis minuman dari kafein hinggalah ke soda yang menyegarkan di Soul Brew. Nikmati keenakkan minuman jenama tempatan ini di foodpanda.

Menu yang kami nak syorkan untuk korang ialah Signature Brown Sugar Latte dan Roasted Hazelnut Boba Coffee, ia merupakan latte klasik dengan rasa kacang hazelnut panggang. Soul Brew memiliki lebih 30 lokasi di seluruh negara. Pesan sekarang melalui penghantaran atau pengambilan sendiri di platform foodpanda

2. DAMN! Burgers

Semua orang suka burger, kali ni korang kena rasa DAMN! Burgers pula. Kedai burger ini menghidangkan pelbagai burger klasik seperti Beef Cheeseburger dan kegemaran sepanjang zaman rakyat Malaysia, Sambal Chicken Burger.

Kat sini kami nak korang cuba Korean Sweet Chilli Chicken Burger yang pedas dan manis, ia disajikan bersama kentang goreng dan minuman (terhad untuk bulan November). Setakat ni, DAMN! Burgers hanya terdapat di sekitar Lembah Klang sahaja.

3. Sweet Spot

Nak sesuatu yang manis? Cubalah Sweet Spot, restoran ini menyajikan pelbagai pilihan kek, mufin, berliners (donut) dan juga beberapa sajian ringkas yang boleh terus dimakan.

Jangan lepaskan peluang menikmati signature mereka Biscoff Baked Cheesecake dengan taburan biscoff hancur serta Burnt Cheesecake yang tidak berkerak. Sedap sangat!

4. Lunchbox

Selalu pening nak makan apa masa lunch? Cuba Lunchbox, ada pelbagai sajian berasaskan nasi berserta aneka lauk pilihan untuk korang. Cakap je nak apa, dari ayam percik hinggalah ayam stim, semua ada!

Istimewa menu Lunchbox yang korang kena cuba ialah Salted Egg Chicken Butter with Rice! Dihidangkan bersama nasi kukus dan hirisan timun segar, sajian ini gerenti buat korang terliur dengan sos buttermilk keemasannya yang dicampurkan dengan kuning telur masin dan daun kari untuk hidangan yang lazat serta enak yang menyaluti kepingan ayam goreng. Terliur kan? Order atau ambil sendiri pesanan korang di foodpanda.

5. Honest Bowl

Untuk yang nak mengawal kadar pengambilan makanan tapi pada masa yang sama inginkan hidangan yang enak dan mengenyangkan, cubalah Honest Bowl.

Dari Chicken Keema hinggalah Kam Heong Fish Bowl, Honest Bowl menyajikan makanan berbilang budaya untuk memenuhi citarasa semua. Menu yang perlu dicuba kat sini ialah Chicken Katsu Curry Bowl – hirisin stik goreng rangup digandingkan bersama kari Jepun dan dihidangkan bersama nasi kukus dan sayuran segar. Ia boleh didapati di lebih 20 lokasi di seluruh negara, dapatkannya sekarang di aplikasi foodpanda

Menurut Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda, pihaknya sangat teruja untuk memperkenalkan restoran baru yang ada di platform tersebut.

“Buat masa ini, kami amat berbesar hati untuk berkongsi bahawa kami mempunyai pelbagai jenis restoran dari makanan kegemaran tempatan serta pilihan antarabangsa dan akan terus memperkenalkan lebih banyak lagi pada masa yang sesuai untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin bertambah”, Sayantan Das.

Lapar? Buka aplikasi dan tempah menu yang korang inginkan di foodpanda sekarang dan nikmati diskaun sehingga 40%!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas