Connect with us

Oh! Media

Lama Tak Balik Kampung, Ini 4 Buah Tangan Boleh Dibawa Pulang Raya Nanti

Branded

Lama Tak Balik Kampung, Ini 4 Buah Tangan Boleh Dibawa Pulang Raya Nanti

Selepas bertahun kita tidak dapat beraya bersama keluarga di kampung, akhirnya tahun ini memberi sinar baru. Bolehlah teruskan tradisi balik kampung macam biasa. Nak balik kampung takkan dengan tangan kosong kan? Jom kami share 4 buah tangan paling ngam untuk dikongsi seisi keluarga:

Hiasan rumah raya

Nak terima kedatangan tetamu, rumah pun kenalah raya kan? Hiasan rumah seperti pasu hiasan, bingkai gambar atau lukisan boleh jadi pilihan. Selepas musim raya pun masih boleh digunakan, pelaburan yang memang berbaloi.

Baju raya

3c365257 d32f 43a6 a073 29450015f44f

Umat Islam disunatkan berpakaian serba baru di pagi 1 Syawal, jadi memberikan baju raya untuk mak, ayah, adik beradik atau sanak-saudara memang pilihan tepat. Tak mahal pun tak apa, asalkan selesa dan berkualiti.

Kuih raya

Doc6j4cvzpdy8p3pltjcor

Tak raya lah kalau tak ada kuih raya kan? Kuih raya pun paling disukai semua untuk diterima sebagai buah tangan. Boleh pilih kuih kegemaran ramai seperti tat nenas, semprit, biskut chip coklat, kuih sampan atau pilihan mak-mak, batang buruk. Tetamu pun rambang mata tengok balang kuih dengan bermacam pilihan.

Hamper raya

Hamper raya lebih lengkap dan eksklusif kerana menghimpunkan banyak produk dalam satu. Serba serbi cukup lengkap kata orang. Tapi, hamper apa nak diberi dan paling sesuai di musim raya ni?

Tak lain dan tak bukan mestilah produk dari SUPER! Ada 3 produk kegemaran ramai dari SUPER yang pasti akan buatkan penerimanya senyum sampai telinga.

SUPER Nutremill Cereal

Su a4 banner adaptation nutremill

SUPER Nutremill Cereal mengandungi emping bijirin dan oat Australia dengan rasa penuh berkrim. Enak untuk dinikmati sebagai sarapan, minum petang atau minum malam. Boleh diminum dengan biskut, roti atau begitu sahaja pun dah sedap!

Selain perisa Original, produk ini turut mempunyai 9 lagi pilihan dari coklat, spirulina, strawberry & banana bit dan juga termasuk pilihan kurang gula untuk mereka yang menjaga diet.

SUPER Milk Tea

Su a4 banner adaptation milktea

SUPER Milk Tea Original adalah yang paling popular untuk penggemar jenama ini. Dalam hirupannya menjamin rasa teh yang asli, mewah dengan aroma memikat dan hangat.Setiap cawan SUPER Milk Tea ini seimbang dari segi lemak berkrim, lembut dan menenangkan.

Selain varian Original, Milk Tea ini juga boleh didapati dalam varian Less Sugar, Teh Halia dan Royale.

SUPER Original 

Su a4 banner adaptation raya

Tak sah kalau bercakap tentang produk SUPER kalau tak sebut SUPER Original Coffeenya. Kopi ini menampilkan blend identiti mereka dan menjadi kemestian bagi peminat jenama ini sejak awal lagi.

Minum SUPER Original Coffee, keperluan minum kopi setiap pagi pun tak ada masalah. Sebagai perintis kopi 3 dalam 1, jenama ini berjaya menyeimbangkan bahannya untuk menghasilkan rasa, aroma dan tekstur kopi yang betul-betul kaw!

Su 200149 raya hamper e comm banner

Nak bawa balik produk SUPER sebagai buah tangan raya ini? Senang je dapatkan DI SINI. Ada diskaun sehingga 20% dari 1 April hingga 15 Jun 2022, jadi cepat-cepat grab sementara promosi!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas