Connect with us

Oh! Media

“Rupanya Itu Bapa Saudara” – Gadis Pasrah Teman Lelaki Merupakan Bapa Saudara Jauh

Befunky collage

Trending

“Rupanya Itu Bapa Saudara” – Gadis Pasrah Teman Lelaki Merupakan Bapa Saudara Jauh

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita ziarah-menziarahi ahli keluarga yang lain tatkala tiba musim perayaan. Hal ini kerana, budaya yang diamalkan secara turun-temurun ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga.

BACA: Netizen Jijik Dengan Sikap Bapa Saudara Ada Niat Nak ‘Mengorat’ Anak Saudara

Tatkala kita ziarah-menziarahi, pasti ada diantara kita yang tidak menyangka individu yang selama ini kita kenal merupakan ahli keluarga jauh yang jarang berjumpa lebih-lebih lagi ketika musim perayaan. Nak-nak pula bila hampir dua tahun tidak dapat pulang beraya bersama ekoran pandemik Covid-19.

IKLAN

Kekasih hati rupanya bapa saudara

Itulah yang terjadi kepada pengguna @ctnrhnm di TikTok selepas videonya menjadi tular di platform berkenaan.

@ctnrhnm dari sayang tukar ke paklong🥺🤮💔 #sedihbanget😭😭😭 #fyp #fypシ゚viral ♬ Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

Menerusi video yang tular itu, pengguna yang dikenali sebagai Siti Nur Hanim menziarahi saudara-maranya yang jauh dan jarang ditemui.

Alangkah terkejutnya gadis berkenaan selepas mendapati bahawa teman lelakinya selama ini merupakan bapa saudara kepadanya.

Selepas mengetahui perkara tersebut, atas faktor hukum, ahli keluarga gadis tersebut tidak membenarkannya untuk meneruskan hubungan dengan teman lelakinya kerana pemuda berkenaan boleh menjadi wali kepada ibunya.

Screenshot 2022 05 06 at 104427

Pentingnya ziarah-menziarahi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan yang dihadapi gadis itu dan menyelitkan nasihat tentang pentingnya budaya ziarah-menziarahi sesama keluarga yang jauh mahupun dekat.

Screenshot 2022 05 06 at 104825
Screenshot 2022 05 06 at 104836
Screenshot 2022 05 06 at 104855

Semoga kita mengambil iktibar dari situasi ini dan dinasihatkan agar kita sentiasa ziarah-menziarahi bagi mengelakkan perkara demikian berulang kembali.

Kredit: TikTok ctnrhnm

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas