Connect with us

Oh! Media

Kucing Lihat Tuan Macam Ibu Bapa? Ini Fakta Sebenar Buat Pencinta Haiwan

Oh! Lifestyle

Kucing Lihat Tuan Macam Ibu Bapa? Ini Fakta Sebenar Buat Pencinta Haiwan

Sejak semalam, kita dikaitkan dengan berita mengenai haiwan kesayangan semua orang iaitu kucing.

ADVERTISEMENT

BACA: “Nak Kecam Silakan Tapi…” – Aaron Aziz Akhirnya Bersuara Isu Buat Kucing Trauma

Tapi, pernah tak terfikir bagaimana kucing melihat dan berfikir tentang kita? Ha, jom Oh! Media kali ini akan kongsi fakta sebenar mengenai haiwan comel ini.

Bagaimana kucing lihat manusia

1. Kucing melihat tuannya seperti kucing yang lain

kucing

Kalau diperhatikan, korang akan nampak haiwan comel ini memaparkan tingkah laku yang sama seperti ia bersama dengan kucing yang lain. Sebagai contoh, kucing akan menunjukkan kasih sayang kepada korang dengan cara menggosok badannya kepada korang atau menjilat kulit dan rambut korang. Ini merupakan cara mereka memberi keselesaan dan perlindungan.

2. Kucing melihat tuan sebagai ibu bapa

kucing

Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2019, mendapati bahawa kucing melihat manusia sebagai ibu bapa. Haiwan itu mempunyai keterikatan yang sama dengan pemiliknya seperti yang ditunjukkan oleh bayi kepada ibu bapa mereka. Dalam kata lain, kita seolah kucing besar yang bersedia untuk menjaga mereka.

3. Cara kucing bermain berbeza dengan anjing

kucing

Saintis memerhatikan bahawa kucing berfikir tentang kita adalah berbeza dengan cara anjing. Cara anjing bermain dengan manusia tidak sama apabila ia bermain sesama anjing. Haiwan itu cenderung untuk memusatkan perhatian kepada emosi manusia apabila berinteraksi dengan kita.

Sebaliknya, kucing lebih suka menyendiri dan tidak begitu bersedia untuk bermain serta berinteraksi dengan orang.

Kredit: Relevan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas