Connect with us

Oh! Media

“Nak Kecam Silakan Tapi…” – Aaron Aziz Akhirnya Bersuara Isu Buat Kucing Trauma

aaron aziz

Oh! Artis

“Nak Kecam Silakan Tapi…” – Aaron Aziz Akhirnya Bersuara Isu Buat Kucing Trauma

Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan tentang pelakon Singapura, Aaron Aziz yang teruk dikecam netizen ketika ini gara-gara memberikan trauma kepada kucing.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika Aaron terlibat dalam sebuah penggambaran drama. Aaron yang sedar tentang perkara itu kemudian tampil menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

BACA: Animal Malaysia Kecam Tindakan Pelakon Singapura, Aaron Aziz

Aaron Aziz tak kisah orang nak kecam tapi jangan fitnah!

Katanya, tindakan memegang haiwan reptilia itu hanya sekadar lakonan dan ketika itu ada pakar haiwan yang mengawasi sepanjang rakaman babak berjalan.

Sebelum buat babak itu, saya ini selaku pecinta kucing sudah awal-awal maklumkan agar tidak meletakkan ular di situ jika ada simptom tertekan terhadap kucing.

Ada 11 orang pakai di sana untuk menjaga. Jangan buat fitnah. Ia hanyalah sekadar lakonan sahaja.

Aaron yang menjelaskan perkara itu dalam satu video di Instagram miliknya turut menjelaskan mereka telah jalankan ujian dahulu dan mendapati tiada langsung bunyi ular yang boleh memberi kesan kepada kucing.

Kalau nak kecam silakan, nak sekar sekalipun silakan. Tetapi janganlah buat fitnah.

Kalau siapa yang kenal saya, mereka tahu saya sayangkan kucing. Saya tidak akan melakukan perbuatan sebegitu terhadap kucing. Lagipun yang terlibat dalam penggambaran itu bukan orang-orang yang zalim.

Aaron juga sudah jelaskan semuanya dan menyatakan tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas