
Branded
Kemeja Batik Edisi Terhad, Van Miniature Tomica Nanti Pemenang Warna Warni Merdeka Lalamove
Oleh
Bulan Ogos datang lagi. Biasalah, tiba je bulan ni, masing-masing bersemangat patriotik lebih sikit berbanding bulan-bulan lain. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Semua ada cara tersendiri untuk raikan ulang tahun hari bersejarah negara, sama juga macam platform penghantaran berdasarkan permintaan, Lalamove.
Untuk sambutan merdeka kali ke-66 tahun ni, Lalamove raikan dengan kempen Lalamove Warna Warni Merdeka. Macam-macam aktiviti menarik menanti tau.
Sebagai menghargai bakat tempatan, Lalamove bekerjasama dengan Vocational Training Opportunity Centre (VTOC) dengan pertandingan rekaan batik.

Pelajar VTOC berumur 17 hingga 24 tahun bertanding menunjukkan bakat kreatif masing-masing melalui kepelbagaian, warisan dan identiti abstrak batik. Paling istimewa, rekaan pemenang menjadi rekaan kemeja batik edisi terhad bagi pemenang Lalamove Warna Warni Merdeka.

Bukan je kemeja batik edisi terhad, pemenang Hadiah Pertama juga akan bawa pulang van miniature Tomica. Ada 66 pemenang kesemuanya, mungkinkah korang salah seorang pemenang bertuah tu?
Untuk hadiah kedua, pemenang akan menerima pakej kupon penghantaran RM25 Lalamove.
Lengkapkan misi untuk melayakkan penyertaan

Untuk menyertai kempen ni dan menang hadiah lumayan, pesan dan tambah nilai seperti berikut:
Pesanan tempatan
1.Buat 4 pesanan menggunakan kereta
2.Buat 3 pesanan menggunakan pikap 4×4
3.Buat 2 pesanan menggunakan van atau lori
Pesanan jarak jauh
Buat 1 pesanan
Semua pesanan
Tambah nilai RM200 ke dalam Lalamove wallet
Macam mana nak menang?
1.Mulakan
Klik banner Warna Warni Merdeka di app atau website Lalamove. Belum ada app? Muat turun di App Store dan Play Store sekarang.
2.Lengkapkan misi
Untuk dapatkan 1 unboxing ticket, sempurnakan misi dengan membuat pesanan dan tambah nilai.
3.Klik Open Now
Buka kotak dengan tiket untuk melihat apa yang korang dah dapat.
4.Tebus kupon atau hadiah
Kalau korang menang kupon Lalamove, klik “Redeem Now” untuk menyimpan kupon di dalam wallet. Pemenang hadiah pertama akan dihubungi pihak Lalamove untuk urusan penyampaian hadiah.
Rebut peluang menangi kemeja batik edisi terhad Lalamove dan van miniatur Tomica serta kupon penghantaran RM25. Jom sertai di SINI.
Untuk maklumat lanjut, jangan lupa follow Lalamove di Facebook dan Instagram.
