Connect with us

Oh! Media

Kajian Menunjukkan Semua Sektor Bakal Naikkan Gaji Pekerja Tahun Depan

gaji

Oh! Lifestyle

Kajian Menunjukkan Semua Sektor Bakal Naikkan Gaji Pekerja Tahun Depan

Sebelum in kami ada kongsikan tentang penjawat Awam bakal menerima Bantuan Khas sebanyak RM900. Melihat pada ruangan komen ramai yang rasa kurang berpuas hati apabila mereka yang bekerja di sektor swasta seperti tidak dipandang.

ADVERTISEMENT

BACA: Penjawat Awam Dapat Bantuan Khas Sebanyak RM900?

Bagaimanapun, kami tertarik pula dengan laporan Berita Harian yang menyatakan semua sektor bakal terima kenaikan gaji tahun depan iaitu 2022. Betul ke?

Berita Harian turut memetik laporan dari Tinjauan Gaji Robert Walters 2022 di Malaysia yang menjangkakan kenaikan gaji sehingga 3 hingga 5 peratus.

Semua organisasi akan melaksanakan semakan gaji tahunan am pada tahun 2022

Mereka yang menukar kerja boleh menjangkakan kenaikan bermula daripada 15 peratus dan mungkin boleh memperoleh sehingga 30 peratus jika mempunyai set kemahiran yang betul.

Dengan kehadiran pemain baharu di Malaysia, pekerja dalam semikonduktor merentasi semua bidang daripada ujian pembangunan, ujian fungsi kepada operasi dan kejuruteraan proses akan mendapat permintaan yang tinggi.

Mereka yang menukar kerja dalam sektor ini boleh menjangkakan peningkatan gaji setinggi 15 ke 20 peratus berikutan kehadiran pemain baharu yang bersaing untuk bakat yang sama. – Kata Pengarah Robert Walters Malaysia dan Filipina, Kimberlyn Lu.

Pembukaan semula ekonomi menjadi faktor kenaikan gaji

Pemulihan perniagaan juga menimbulkan suasana pasaran pekerjaan yang lebih yakin. Tiga daripada setiap empat (75 peratus) responden optimis terhadap peluang pekerjaan dalam sektor masing-masing.

Diharap kajian dan jangkaan yang dikeluarkan ini tepat dan sedikit sebanyak memberi nafas lega kepada semuka pekerja di Malaysia. Pendemik Covid-19 selama lebih 2 tahun ini amat memberi impak kepada kehidupan serta kerjaya kita. Diharapkan tahun 2022 lebih baik dan menjadi masa untuk kita bangkit semula.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas