Connect with us

Oh! Media

Kadar Vaksinasi Tinggi Penyumbang Kepada Penurunan Jangkitan Wabak Covid-19

Curi Khemah 1

COVID-19

Kadar Vaksinasi Tinggi Penyumbang Kepada Penurunan Jangkitan Wabak Covid-19

Pada 1 April yang lalu, negara kita telah pon memasuki fasa peralihan ke endemik selepas diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

BACA: “Kumpulan Tidak Divaksin Paling Berisiko Dijangkiti, Mati Akibat Covid-19” – DG Hisham

Menurut Harian Metro, walaupun negara ketika ini berada pada fasa peralihan endemik, statistik menunjukkan penurunan kes jangkitan Covid-19 sejak beberapa hari yang lalu disebabkan atas beberapa faktor.

IKLAN

Pengambilan vaksin faktor penurunan jangkitan Covid-19

81639220313 vaksincovid

Menurut Presiden Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) Dr Boi Saidi Abdul Razak, pengambilan vaksinasi yang tinggi di dalam negara pada masa ini merupakan antara faktor yang menyumbang kepada penurunan jangkitan Covid-19.

Pengambilan vaksin membantu seseorang individu itu untuk mempunyai daya ketahan yang tinggi dalam melawan virus berkenaan selepas statistik menunjukkan hampir 80 peratus orang yang telah menerima suntikan dos yang kedua dan sebanyak 48.6 peratus yang telah menerima dos penggalak.

Imuniti alami membantu melawan virus Covid-19

Tambahnya Dr Boi Saidi lagi, individu yang pernah dijangkiti virus Covid-19 mempunyai imuniti alami dalam badan mereka yang menyebabkan mereka mempunyai daya tahan melawan virus.

Bagi mereka yang pernah dijangkiti, badan mereka mempunyai imuniti alami, di mana kalau ada varian lain menyerang, tahap imuniti kita tinggi

Selain itu, kuarantin kendiri di rumah juga membantu menurunkan kes harian. Dasar kerajaan ketika ini, Covid-19 tahap satu dan dua perlu menjalani kuarantin kendiri

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tentang penurunan jangkitan harian pada tahap 10,000 sejak tiga hari lalu.

Walaupun negara sedang berada dalam fasa peralihan ke endemik, penulis nak ingatkan agar kita terus mematuhi SOP supaya dapat sama-sama kita bendung penularan jangkitan Covid-19.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas