Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Ini Cara Buat Air Bandung Tembikai Laici Untuk Buka Puasa, Memang Mengancam!

Bandung Tembikai Laici

Oh! Lifestyle

#JUADAH Ini Cara Buat Air Bandung Tembikai Laici Untuk Buka Puasa, Memang Mengancam!

Di hari pertama ramadan hari ini, mesti ramai yang sudah senaraikan menu masakan untuk berbuka nanti kan? Ada yang rancang memasak sendiri dan ada juga yang tak sabar nak jejak kaki ke bazar ramadan.

BACA: #JUADAH Resipi Air Lemon Soda Mixed Fruits Herbs, Confirm Segar Untuk Berbuka Puasa!

Antara menu popular bulan ramadan mestilah tepung pelita, murtabak, roti john, ayam golek dan sebagainya. Untuk minuman pula, ramai yang memilih jus buah-buahan, lai chi kang, cincau dan macam-macam lagi.

IKLAN

Untuk resepi kali ini, Oh!Media nak kongsi cara buat air bandung tembikai laici untuk minuman berbuka nanti. Perkongsian yang dibuat saudara Adzmal Abdul Aziz di laman Masak Apa Hari Ni (MAHN) telah mendapat lebih 11,000 shares.

Yang penting sedap, mudah dan bahan-bahannya simple sahaja.

Resepi air bandung tembikai laici

Resepi1

1 tin laici

F&N sirap ros

1 tin susu cair

Tembikai secukupnya

Satu cawan air sejuk

Ais

Cara-caranya

Res1
Res2

Caranya paling senang iaitu campurkan kesemua bahan di dalam bekas berisi ais. Dimulai dengan satu tin laici, tembikai, F&N sirap ros, susu cair dan segelas air sejuk.

Kacau rata dan sedia untuk dihidang. Kalau macam ni punya senang, 5 minit sebelum berbuka baru boleh buat. Kalau cair ais tu, tak sedap pula kan? Selamat mencuba!

Kredit: Facebook Adzmal Abdul Aziz via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas