Connect with us

Oh! Media

Jenama Lampin Bayi Terkenal Applecrumby® Rupanya Produk Tempatan. Berkualiti & Mampu Milik!

Applecrumby OM

Oh! Lifestyle

Jenama Lampin Bayi Terkenal Applecrumby® Rupanya Produk Tempatan. Berkualiti & Mampu Milik!

Pernah tak bayi korang mempunyai masalah ruam lampin yang menyebabkan iritasi pada kulit. Kadang-kadang kesian sangat tengok anak tak selesa apabila naik bintik kemerah-merahan pada pelepat paha dan kawasan lampin.

ADVERTISEMENT

Ilmu penting terutamanya kepada ibu bapa baru, pastikan korang memilih lampin bayi yang bebas bahan kimia. Bahan kimia ni selalunya digunakan untuk pengeringan pantas, tapi kalau anak kita yang merana, tak guna juga kan?

Di pasaran sebenarnya terdapat banyak jenama lampin bayi yang bermutu tinggi dan salah satunya ialah Applecrumby®.

Ramai terperanjat bila tahu Applecrumby®jenama Malaysia

Jenama bayi Malaysia ni terkenal di peringkat antarabangsa, sampai ramai tak tau rupanya negara kita ada produk rangkaian bayi yang berkualiti tinggi.

Selain lampin bayi, jenama ini turut menawarkan pelbagai keperluan bayi lain yang selamat, semula jadi, dan mampu milik. Sesuai dengan misi Applecrumby® untuk memberikan ketenangan fikiran dan sokongan kepada ibu bapa baharu.

Dengan rangkaian lampin bayi berkualiti tinggi dan mampu milik, Applecrumby® memudahkan ibu bapa memberi permulaan terbaik kepada bayi mereka dalam kehidupan. Lampin Applecrumby® adalah 100% Bebas Klorin Sepenuhnya dan dihasilkan menggunakan teknologi GreenCore-Dry™ untuk memastikan keselesaan bayi tanpa bahan kimia berbahaya.

Pengasas Applecrumby® mendapat inspirasi untuk mencipta produk bayi selamat dan semula jadi apabila mereka tidak menemui produk yang memenuhi standard kualiti pasaran. Kini, lampin ciptaan mereka tidak hanya memenuhi kepuasan mutu tetapi juga membantu keluarga di seluruh dunia dengan penjagaan terbaik untuk bayi.

PureBasics™, rangkaian lampin baharu yang 100% Bebas Klorin Sepenuhnya

Dengan kejayaan lampin mereka yang memenangi pelbagai anugerah, Applecrumby® kini memperkenalkan PureBasics™, rangkaian lampin baharu yang 100% Bebas Klorin Sepenuhnya dan dihasilkan menggunakan teknologi GreenCore-Dry™. Ini bermakna ibu bapa dapat memberikan bayi mereka jaminan keselamatan dan keselesaan yang sama tanpa ragu-ragu.

PureBasics™, yang diilhamkan oleh Jesmine Tan, seorang ibu dan pengasas Applecrumby®, adalah lampin yang selamat dan mampu milik untuk setiap keluarga. Produk ini membolehkan lebih ramai keluarga memberikan bayi mereka permulaan sihat dan gembira dalam kehidupan.

Selain itu, dengan PureBasics™, Applecrumby® membolehkan ibu bapa memberi bayi mereka permulaan sihat dan gembira tanpa ragu-ragu dan dengan keselesaan terbaik.

Untuk pengetahuan korang, produk Applecrumby® kini boleh didapati di cawangan Dagee Baby di Sri Muda, Shah Alam. Korang yang mana dah jadi parents tu boleh datang, lihat dan asai sendiri produk berkualiti tinggi, selamat, dan mampu milik Applecrumby® di ruangan khas dalam kedai baharu.

Sebagai contoh, lampin Applecrumby® diperbuat daripada pulpa semula jadi dari Finland dan mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai 100% Bebas Klorin Sepenuhnya. L

Lampin ini juga mampu menyerap kelembapan sehingga 12 jam, memastikan bayi kekal kering untuk tidur malam yang lena.

Bawa Kembali 8 Botol & Beli Pada Harga RM8

Dalam pada itu, Applecrumby® turut mengambil inisiatif untuk menjaga alam sekitar dengan menggalakkan ibu bapa mengambil bahagian dalam program “KEMBALIKAN / KITAR SEMULA / KITAR GUNA SEMULA” di cawangan Dagee Baby, Sri Muda, Shah Alam.

Sean Tan, Pengasas bersama Applecrumby®, menyatakan bahawa inisiatif ini bukan sekadar gimik promosi, tetapi satu janji untuk memberikan anak-anak bukan sahaja yang terbaik kini, tetapi juga dalam alam sekitar yang bersih.

Ibu bapa yang membawa kembali 8 botol atau tiub Applecrumby® terpakai akan mendapat tawaran khas, di mana mereka boleh membeli produk pembersihan atau penjagaan kulit dengan hanya RM8 di Dagee Baby Store, Sri Muda Shah Alam.

APPLECRUMBY®: Lampin Inovatif Untuk Kesihatan Bayi

Applecrumby® adalah jenama penjagaan bayi yang menitikberatkan keselamatan, berkualiti, mampu milik dengan peningkatkan inovasi teknologi GreenCore-Dry™ 100% bebas klorin untuk menjadi pilihan premium kepada para ibu bapa.

Setiap lapisan lampin mempunyai 11 lapis dan semua bahagiannya telah diuji teliti dan telah disahkan di makmal bagi memastikan ia bebas daripada klorin, tiada bahan-bahan risiko berbahaya seperti dioksin, atau karsinogen terbentuk di dalam setiap lampin.

Lebih membanggakan jenama Applecrumby® telah mendapat banyak pengiktirafan dan sijil penganugerahan di peringkat antarabangsa seperti Korea Selatan, Thailand, Filipina, Vietnam, Singapura dan Malaysia.

Info lanjut mengenai jenama ini korang boleh klik DI SINI.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas