Connect with us

Oh! Media

Jadi Ikutan Ramai, Abang ‘Mana-Mana Rancak’ Dedah Asal Usul Ayat Tersebut

Oh! Lifestyle

Jadi Ikutan Ramai, Abang ‘Mana-Mana Rancak’ Dedah Asal Usul Ayat Tersebut

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai trend ayat-ayat yang gemar menjadi ikutan orang ramai oleh kerana ia berunsur lawak serta mudah diingati untuk diungkap setiap hari.

ADVERTISEMENT

Hal itu termasuklah ayat “mana-mana rancak” yang kini menjadi tular sehingga menjadi ‘kalimat’ utama masyarakat termasuklah daripada kalangan selebriti tempatan.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok, dia yang merupakan pemula kepada ayat tersebut mula menjadi fenomena serta dikenali ramai pihak.

@ahmadsaffuan86

Hari ini rancak, mana mana rancak, berdosa berdosaaaa 🤭😁😂😛

♬ mana mana rancak_berdosaaa. – Ahmad Saffuan

Abang mana-mana rancak dedah asal usul ‘kalimat’ tularnya

Walaupun telah menjadi terkenal, namun masyarakat masih tertanya-tanya maksud disebalik ayat tersebut yang seakan-akan muncul secara tiba-tiba sehingga memaksa tuan punya badan mendedahkan maksud disebaliknya.

Menurut individu tersebut yang dikenali sebagai Ahmad Saffuan, asal usul ayat tersebut bukanlah bermula daripadanya, malah dia mendapat insipirasi daripada seorang rakan yang lain.

Selamat pagi kepada semua pengikut saya, hari ini saya nak beri penjelasan mengenai ayat yang semakin seleraklah sejak ahir-akhir ini, mana-mana rancak, berdosa. Asal-usulnya bukan dari sayalah.

@ahmadsaffuan86

Mai kita dengaq penjelasan Mana Mana Rancak BERRDOSAAA !!!

♬ bunyi asal – Ahmad Saffuan

Kata Saffuan, ia bermula ketika dia bersama rakannya sedang bermain badminton dan pada saat itu, rakannya mula mengungkapkan ayat ‘rancak berdosa’ dan mengakui menjumpai ayat tersebut di aplikasi TikTok.

Tambahnya, dia menemui asal usul ayat berkenaan di laman media sosial tersebut oleh seorang individu yang berasal dari utara, namun ia masih tidak dikenali ramai pihak.

Aku cari-cari terjumpa ayat ni. Dengar loghat macam utara tapi tak pasti dari mana. Mungkin dia geng-geng mat moto sebab banyak posting pasal aktitivit itu.

Saya beranggapan mungkin dia pemula kepada ayat tersebut. Saya tengok dia baru sebut ayat tu dan masih tidak dikenali ramai.

Niat suka-suka, tak sangka jadi fenomena

Tambahnya lagi, dia tertarik dengan baris ayat tersebut sebelum bertindak memuat naik video tular itu serta ditambah sedikit dengan perkataan lain dengan caranya yang tersendiri.

Pada awalnya, dia memuat naik video tersebut hanyalah berniat untuk suka-suka serta menghiburkan rakan-rakannya, namun dia tidak menyangka bahawa perkara tersebut mampu menjadi tular sehingga kini.

Saya muat naik dengan niat saja ja nak suka-suka, nak menghiburkan rakan-rakan aku. Namun tak sangka ia mampu menjadi tular.

Mengakhiri video tersebut, dia turut berterima kasih kepada masyarakat yang telah menonton video tersebut sehingga dikenali ramai dan ‘melekat’ dalam kepala mereka.

Netizen beri pelbagai reaksi

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut memberikan pelbagai reaksi termasuklah memuji sikap individu tersebut yang menghormati pemilik asal ayat berkenaan.

Setakat ini, perkongsian tersebut telah mencapai lebih daripada 3 juta tontonan serta mendapat 285,100 tanda suka.

Kredit: TikTok ahmadsaffuan86

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas