Connect with us

Oh! Media

Iritasi Kulit Berkurang Dalam Masa 5 Minit, Oh! Media Jumpa Solusi Untuk Kulit Lebih Sihat!

Hada Labo Oil Control Product Regime

Branded

Iritasi Kulit Berkurang Dalam Masa 5 Minit, Oh! Media Jumpa Solusi Untuk Kulit Lebih Sihat!

‘Ish, rimasnya tempat jerawat jadi gatal dan kemerahan. Apa nak buat ni?’

Siapa yang mempunyai kulit sensitif ketika tumbuh jerawat pasti tahu perasaan apabila kulit menjadi iritasi betul tak? Masalah kulit ini sering dialami tak kira lelaki atau wanita tau.

Kalau korang dah gunakan pelbagai jenis produk kecantikan dan serum untuk merawat kulit yang sensitif dan berjerawat, tapi kondisi kulit masih sama, mungkin ada langkah yang korang terlepas pandang!

Sebenarnya untuk penjagaan kulit wajah ni, korang kena faham jenis kulit terlebih dahulu lepas tu barulah cari produk yang bersesuaian dengan kulit. Baru-baru ni, kami jumpa satu produk yang berkesan untuk menenangkan kulit berjerawat yang sensitif untuk jangka masa yang panjang dan paling best kesannya dapat dilihat dalam masa 5 minit je. Wow!

Langkah 1 : Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion

Memahami masalah yang kerap dialami rakyat Malaysia, Hada Labo hadir dengan rangkaian produk kawalan minyak yang terbaik iaitu Blemish & Oil Control Lotion.

Untuk pengetahuan korang, Blemish & Oil Control Lotion dari Hada Labo ni, mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi serta Asid Hyaluronik yang dapat melawan jeragat serta memulihkan keseimbangan minyak dan air pada kulit. 

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ekstrak tumbuhan semulajadi seperti Ekstrak Pear Barli dan Ekstrak Bunga Chamomile yang membantu melawan cela, melegakan kemerahan dan menenangkan kulit yang rengsa. Haa, siapa yang ada kulit sensitif tu, take note!

Dengan tekstur losyen yang ringan, ia dapat menyerap produk penjagaan kulit yang seterusnya dengan lebih baik. 

Langkah 2 : Hada Labo H.A Supreme Cica Soothing Booster Serum

Lepas pakai losyen, korang wajib pakai booster serum pula tau! Barulah berkesan untuk kawal kulit berminyak.

Kalau korang nak tau,  H.A Supreme Cica Soothing Booster Serum daripada Hada Labo ini lain daripada yang lain tau. 

Ia kaya dengan kompleks Centella Asiatica serta 4 jenis asid hyaluronik yang dapat menghidrat secara mendalam dan mengunci lembapan untuk membaiki serta menenangkan kulit yang sensitif dan berjerawat dalam masa 5 minit saja. Seriuslah?!

Kalau korang pernah mengalami kulit jadi melekit lepas pakai booster serum, kini korang tak perlu risau lagi sebab dengan booster serum daripada Hada Labo ini, ia meresap terus ke dalam kulit dan menjadikan kulit terasa segar dan lebih anjal.

Paling penting, ia bebas daripada alkohol, pewangi, minyak mineral dan pigmen, sesuai untuk semua jenis kulit.

Langkah 3 : Hada Labo Hydrating Snow Dew

Akhiri rutin penjagaan kulit korang dengan Hydrating Snow Dew,dengan tekstur air ais, ia dapat memberikan kesegaran pada kulit serta-merta!

Selain itu, ia mengandungi nutrien pelembap yang tinggi daripada kandungan Ceramide yang dapat meresap jauh ke dalam kulit dan dapat menguatkan penghalang kulit untuk melindunginya daripada kehilangan lembapan tau. Wow!

Dirumus dengan 4 jenis Asid Hyaluronik, ia dapat mengunci, menambah dan memulihkan kelembapan dengan lebih mendalam, serta membentuk penghalang kelembapan yang berkesan untuk kulit yang lembap dengan lebih sempurna. 

Apa yang best dengan pelembap ni adalah ia mempunyai pati Lilac dan Swiss Edelweiss yang dapat mengecilkan pori-pori secara berkesan serta dapat mengawal minyak supaya kulit sentiasa dalam keadaan segar. 

Bukan itu saja, pelembap ni tak melekit langsung pada kulit tau! Jadi, ia sesuai sangat untuk digunakan pada bila-bila masa tak kira cuaca panas terik atau lembap. Bestnya!

Alami Kulit Yang Lebih Segar & Sihat Dengan Hada Labo!

Haa, sekarang ni korang dah tak perlu risau lagi dengan kondisi kulit yang berminyak sebab dengan Hada Labo, minyak pada kulit korang akan lebih terkawal dan paling penting kulit sentiasa segar dan lembap sepanjang masa! 

Jadi, tunggu apa lagi? Jom miliki rangkaian produk kawalan minyak daripada Hada Labo sekarang dan korang boleh dapatkan produk-produk ini di farmasi berdekatan sekarang. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Hada Labo atau ikuti media sosial Facebook.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas