Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Jumpa Pun Solusi Untuk Masalah Kulit Berminyak! Lepas Pakai Auto ‘Glowing’

Hada Labo Hydrating Lotion sesuai untuk semua jenis kulit

Branded

Akhirnya Jumpa Pun Solusi Untuk Masalah Kulit Berminyak! Lepas Pakai Auto ‘Glowing’

Siapa dekat sini yang mengalami masalah kulit kering, mesti korang akan cari losen-losen yang mengandungi Hyaluronic Acid betul tak? 

Haa, sebenarnya tak cukup tau kalau korang nak kulit kekal lembap berpanjangan sebab ada beberapa bahan lagi yang korang kena survey semasa cari losen. 

Tapi jangan risau, kami dah jumpa solusi terbaik untuk korang yang mencari losen pelembap terbaik. Kalau korang nak tahu, jom kami kongsi review jujur kami tentang Hada Labo Hydrating Lotion. 

1. Dihasilkan Dengan Bahan Pakar Penghidratan Serta Sebagai Penghalang Kulit

Apa yang membuatkan kami jatuh cinta pada penggunaan pertama Hada Labo Hydrating Lotion ni adalah ia dapat buatkan kulit kami jadi lebih lembut dan kekal terhidrat sehingga lebih kurang 8 jam walaupun dalam keadaan cuaca yang kering. Bestkan?

Kalau korang nak tahu, losen ini telah diperbuat daripada kombinasi 5 penghidaratan pakar seperti Hyaluronic Acid (HA), termasuk HA Besar, Sederhana dan Super HA, Nano HA, dan Fermented HA. Memang patutlah kulit sentiasa lembap!

Namun, Hada Labo Hydrating Lotion ni berbeza daripada losen lain di pasaran sebab ia mengandungi teknologi unik yang dapat memastikan Hyaluronic Acid (HA) dipecahkan menjadi molekul bersaiz sempurna, memudahkan penyerapan pada kulit. 

Dengan penambahan Hyaluronic Acid (HA) ni, memang tak dinafikan ia merupakan satu-satunya losen yang bagus dalam membantu membaiki dan menguatkan penghalang kulit, menjadikannya kurang terdedah kepada jerawat dan menggalakkan kulit yang lebih sihat.

2. Dapat Mengimbangi Minyak & Air Pada Kulit Muka

Kenapa kami kata Hada Labo Hydrating Lotion ni adalah pilihan yang tepat dalam rutin penjagaan kulit adalah ia dapat membantu mengimbangi kandungan minyak dan air dalam kulit tau. 

Sebagai seorang yang mempunyai masalah kulit berminyak, tak dinafikan losen ini adalah pelaburan yang sangat baik sebab ia tak membuatkan kulit bertambah berminyak. Memang seronok sangat pakai!

3. Kulit Semakin ‘Glowing’

Percaya ataupun tidak, lepas kami gunakan Hada Labo Hydrating Lotion ni, minyak pada wajah kami terasa berkurang dan paling best, ia membuatkan tekstur kulit lebih gebu. 

Mana taknya, dengan campuran unik Hyaluronic Acid (HA) ni, ia dapat memastikan kulit tampak lebih licin, sihat dan makin berseri. Dah boleh setanding artis-artis Korea dan Jepun okay!

4. Menjaga Kulit

Untuk korang yang mempunyai masalah kulit sensitif, kami faham sangat betapa susahnya nak cari produk sesuai untuk kulit. 

Sebab itulah kami galakkan korang untuk dapatkan Hada Labo Hydrating Lotion sebab ia diperbuat dengan formula losen yang bebas daripada bahan berbahaya seperti alkohol, paraben, pewangi, pewarna, minyak mineral, dan MIT. Confirm selamat untuk kulit okay?!

5. Persediaan Sebelum Solekan

Untuk korang bersolek, kami memang sarankan korang untuk pakai Hada Labo Hydrating Lotion untuk prep muka korang terlebih dahulu, barulah solekan korang kekal on point!

Menariknya, kalau korang prep muka dengan losen ini, ia akan memastikan kulit anda menjadi licin, seterusnya membuatkan solekan korang kekal dan tahan lama tanpa rasa cakey. Bestkan?

Bukan Setakat Melembapkan, Kulit Terus Glowing Tau!

Haa, banyakkan kelebihan yang ada pada Hada Labo Hydrating Lotion ni? Kami memang syorkan sangat korang untuk cuba dan rasai pengalaman mempunyai kulit yang glowing! 

Kalau korang berminat untuk cuba losen ini, korang boleh dapatkan di farmasi berdekatan atau secara atas talian. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Hada Labo, atau ikuti media sosial Facebook

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas