Connect with us

Oh! Media

Ini Rupanya Koleksi Kereta Sultan Brunei, Dikatakan Lebih Mahal Dari Kelab Man Utd

sultan brunei

Oh! Lifestyle

Ini Rupanya Koleksi Kereta Sultan Brunei, Dikatakan Lebih Mahal Dari Kelab Man Utd

Rasanya semua sudah mengakui kekayaan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memang cukup terkenal di seluruh dunia.

ADVERTISEMENT

Terbaru, kami tertarik dengan satu fakta yang dikongsikan Daily Star, di mana koleksi kereta mewah milik Sultan Brunei bernilai lebih daripada keseluruhan kelab bola sepak antarabangsa, Manchester United.

Berdasarkan laporan itu, koleksi kereta mewah milik Sultan Hassanal bernilai lebih 4 bilion pound iaitu RM22.57 bilion. Berapa pula harga keseluruhan kelab Manchester United?

Kelab paling berharga di dunia Red Devils pula hanya bernilai sekitar 3.08 bilion pound atau RM17.38 bilion. Fuhh, itu baru harga koleksi kereta mewah tau…

Berapa pula agaknya nilai kekayaan Sultan Brunei ni?

Jumlah RM22.57 bilion itu mewakili sebanyak 600 buah kereta Rolls Royces, 570 kereta Mercedes-Benz, 450 kereta Ferrari dan lebih 380 kereta Bentley. Semua kenderaan mewah ini disimpan di dalam garaj istana Brunei.

Semua ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana lihat sahaja jumlah kekayaan bersih Sultan Hassanal yang dianggarkan sekitar 13 bilion pound atau RM73.36 bilion.

Tak terbayang rasanya kalau ada kereta mewah sebanyak tu. Apapun kita bolehlah tumpang berbangga kerana saudara Islam kita diberikan keistimewaan Allah untuk memperoleh kekayaan dunia ini.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas