Connect with us

Oh! Media

Ini Dua Tips Mudah Nak Buat Santan Berketul Jadi ‘Smooth’!

santan berketul

Oh! Lifestyle

Ini Dua Tips Mudah Nak Buat Santan Berketul Jadi ‘Smooth’!

Siapa dekat sini yang selalu buang santan dalam kotak yang dah berketul? Yela, biasanya kan kita akan simpan lebihan santan dalam fridge, tapi bila nak guna, tekstur dia dah berketul.

ADVERTISEMENT

Bila berketul, kita nak masak kuah lemak atau gulai pun akan jadi tak cantik kan? Haa, lepasni korang dah tak perlu risau dah! Oh! Media nak kongsikan tips yang sangat berguna untuk korang gunakan bila santan dalam kotak dah berketul! Nanti santan tu akan jadi smooth je macam buka santan kotak baru!

Petua ini dikongsikan oleh pengguna di TikTok, Wan Norhasni Wan Han. Memang sangat mudah tau cara yang dia kongsikan. Jom cuba!

1. Ambil santan yang dah berketul tadi dan masukkan dalam blender

2. Tambah sikit air panas, lepastu blend!

santan berketul

3. Siap! Santan akan jadi tekstur yang sangat cantik!

santan berketul
@one_niey1 Reply to @halimatunsadiah08 sayang kalau buang.. 🤭 senang je, nk guna blik, just ltk air pnas dn blend. #tipsdapur #masukberanda #fyp #myfoodie #tips ♬ original sound – Waw4nn_

Haa mudah kan? Korang hanya perlukan santan yang dah berketul tu, air panas dan blender je! Lepasni dah boleh la buat cara ni bila santan korang berketul. Tak ada la membazir asyik buang santan je kan?

Macam mana? Rasa berguna tak tips dari Oh! Media kali ini? Haa kalau rasa berguna, boleh share cara ni dekat keluarga atau kawan-kawan okay!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas