Connect with us

Oh! Media

Ini Cara Nak Buat Keropok Lekor Sendiri, Senang Je Rupanya!

keropok lekor

Oh! Lifestyle

Ini Cara Nak Buat Keropok Lekor Sendiri, Senang Je Rupanya!

Selalu kalau teringin nak makan keropok lekor, mesti akan beli yang dari Terenggani kan? Sebab keropok lekor Terengganu je yang rasa ikan dan sedap. Tapi korang tahu tak, sebenarnya senang je nak buat keropok lekor ni!

ADVERTISEMENT

Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan senang je nak cari. Jadi lepasni kalau stock keropok lekor dah tak ada dekat rumah, korang boleh je buat sendiri. Jom tengok cara-caranya!

Bahan-bahan

  • Ikan kembung 1 kg, ambil isi ikan je tak perlu rebus
  • 2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh maggi secukup rasa
  • Sedikit lada sulah
  • 2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara

Okay bila semua bahan dah tersedia, pertama sekali korang kena kisar ikan kembung, garam, maggi secukup rasa dan juga lada sulah.

Selepas itu, korang satukan semua bahan yang dah dikisar dengan tepung ubi dan juga tepung gandum.

Uli sampai adunan tersebut tak melekat pada tangan.

Bila dah sebati, bentukkan adunan mengikut saiz yang korang suka. Ikutlah citarasa masing-masing.

keropok lekor

Bila adunan keropok dah siap, panaskan air dalam periuk dan rebuskan adunan tadi. Pastikan keropok yang direbus tu dah timbul, baru korang angkat dan gaulkan dengan minyak masak.

keropok lekor

Kemudian korang kena sejukkan keropok yang dah disaluti minyak dan siap untuk digoreng! Mudah je kan?

keropok lekor

Keropok lekor yang sedap ni bila luarnya rangup dan dalam lembik. Fuhh, kesedapan dia memang boleh memukau! Sedap sangat!

Kalau ada masa lapang dekat rumah tu, korang bolehlah cuba buat resipi keropok ni. Tak rugi punya kalau korang cuba. Selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas