Oh! Lifestyle
Ini 5 Punca Utama Boleh Terkena Serangan Anxiety
Oleh
Anxiety atau kebimbangan adalah masalah emosi semula jadi yang dialami oleh hampir setiap individu.
Sebenarnya, anxiety yang berada di tahap yang normal berfungsi sebagai peringatan dan motivasi untuk tubuh bersedia.
Tetapi jika ia berada di tahap yang serius, gangguan kebimbangan boleh menjejaskan cara seseorang berfikir, merasa, bertindak, dan boleh menimbulkan gejala fizikal yang berbahaya.
Untuk pengetahuan korang, ada banyak faktor utama yang boleh ‘triggered’ anxiety disorder seseorang itu antaranya faktor-faktor pemakanan, fizikal dan juga mental.
Pemakanan dan kafein
Faktor utama adalah pemakanan yang tidak seimbang akan mempengaruhi mood dan meningkatkan anxiety seseorang.
Contohnya, jika kekurangan vitamin B dan omega-3 boleh menyebabkan simptom kegelisahan muncul.
Malah, pengambilan kafein yang berlebihan juga boleh meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah, yang kemudiannya menimbulkan rasa gelisah.
Persekitaran sosial dan hubungan interpersonal
Persekitaran sosial yang buruk, termasuklah hubungan yang toksik atau tekanan di tempat kerja, boleh mencetuskan kebimbangan.
Tambahan, kekurangan sokongan sosial atau berasa terpinggir juga boleh menyebabkan kegelisahan.
Jadi korang perlu membina hubungan yang sihat dan mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga untuk membantu mengelakkan keadaan ini.
Masalah kewangan
Masalah kewangan ini turut menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada anxiety atau kegelisahan.
Kebimbangan kronik boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi tekanan apabila membayar bil, kehilangan pekerjaan, atau pembayaran hutang.
Bagi mengelak kebimbangan ini berterusan, korang perlu menguruskan kewangan dengan bijak seperti menyediakan bajet dan menyimpan wang simpanan, boleh membantu mengurangkan stres kewangan dan kebimbangan yang berkaitan.
Peristiwa traumatik
Contoh pengalaman traumatik seperti kemalangan, peperangan, atau menjadi mangsa jenayah boleh meninggalkan kesan mendalam dan mencetuskan PTSD.
Bagi yang tidak tahu apa itu PTSD, ia merupakan antara jenis gangguan kegelisahan yang agak kuat.
Terapi seperti EMDR boleh digunakan untuk merawat trauma dan mengurangkan simptom kebimbangan yang berkaitan.
Punca penyakit anxiety: keadaan kesihatan fizikal
Kesihatan fizikal sememangnya berkait rapat dengan kesihatan mental anda.
Jadi apabila seseorang itu mempunyai penyakit kronik, kesakitan berterusan, atau kebimbangan, ia sebenarnya tentang potensi masalah kesihatan juga boleh mencetuskan kebimbangan.
Dalam pada itu, terdapat juga penyakit seperti tiroid hiperaktif yang boleh memicu gejala kegelisahan.
Komunikasi secara terbuka dengan profesional kesihatan dapat membantu dalam pengurusan simptom ini.
BACA: Pernah Bergelut Dengan Anxiety, Syafi Tee Dedah Keluarga Jadi Penguat Semangat
Sebelum ini kami ada kongsikan kisah mengenai pelakon anak tempatan, Syafi Tee yang mendedahkan bahawa dirinya pernah bergelut dengan penyakit anxiety.
Kredit: HelloDoktor
+ Baca respon pembca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.