Kebanyakan kaum wanita selalunya akan berdepan dengan masalah kehadiran biji kolestrol atau milia seed pada wajah.
Untuk pengetahuan korang, biji kolesterol ini berupa biji-biji kecil yang berwarna putih kekuningan dan tidaklah berbahaya, menyakitkan atau menyebabkan rasa gatal.
IKLAN
Sebenarnya ada 2 punca yang boleh menyebabkan biji kolesterol ini terbentuk pada wajah, iaitu penggunaan produk penjagaan muka berasaskan minyak dan juga kerap menggunakan alat solek.
Bukan itu sahaja, ia juga berpunca akibat pengumpulan minyak yang banyak pada wajah sehingga menyebabkan sel kulit mati berkumpul lalu mengakibatkan liang-liang kulit tersumbat.
Namun, korang harus ingat jangan dipicit seperti korang memicit jerawat kerana terbentuk di bawah lapisan kulit.
Berikut adalah 5 cara yang boleh korang gunakan untuk menyingkirkannya, iaitu:
Mencuci wajah
Pastikan korang mencuci muka dengan sabun yang lembut dan bebas paraben setiap hari. Selepas mencuci muka, keringkan kulit wajah dengan kain.
Skrub
Sesetengah ejen pengelupasan (exfoliate) boleh menghalang keratin dalam kulit korang daripada terhasil secara berlebihan.
Disarankan untuk menggunakan skrub muka yang mengandungi asid salisilik, asid sitrik atau asid glikolik. Skrub hanya sekali dalam seminggu.
Krim retinoid
Krim retinoid mengandungi vitamin A yang penting untuk kesihatan kulit.
Gunakan mana-mana produk yang mengandungi retinoid atau retinol hanya sekali dalam sehari. Pakai apabila muka telah dicuci bersih dan kering.
Sewaktu menggunakan krim retinoid atau retinol, jangan lupa pakai bersama krim pelindung matahari setiap hari.
Krim pelindung matahari
Gunakan krim pelindung matahari yang direka khusus untuk wajah.
Pastikan SPF krim adalah 30 atau lebih tinggi. Jika kulit korang sangat sensitif kepada matahari, pertimbangkan untuk menggunakan produk dengan SPF 100.
Wap wajah
Ia bertujuan membuka liang-liang untuk menyingkirkan bahan perengsa kulit.
Caranya, duduk dalam bilik mandi dan buka air pancuran dengan suhu panas. Duduk selama lima hingga 10 minit.
Setelah itu, tutup pancuran air panas dan duduk beberapa minit lagi dalam bilik mandi. Kemudian, lap kering kulit dan bilas dengan air suam.