Connect with us

Oh! Media

Ini 13 Perkara Penting Perlu Dibuat Sewaktu Balik Beraya Di Kampung

kampung

Oh! Lifestyle

Ini 13 Perkara Penting Perlu Dibuat Sewaktu Balik Beraya Di Kampung

Wah, seronok apabila semua adik beradik dan ipar duai dapat berkumpul di kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ibu bapa.

ADVERTISEMENT

Peluang untuk berkumpul bersama di kampung halaman adalah pekara yang dinanti-nantikan kerana bukan mudah untuk dapat cuti raya serentak.

Malah, walaupun itu rumah ibu bapa atau mentua sendiri ada juga tugas dan adab yang perlu dijaga.

Berikut adalah 13 perkara yang mungkin dianggap tidak penting tapi sebenarnya adalah ‘common sense’ yang patut diambil tahu.

Menghulurkan Duit

Menghulurkan duit bermaksud membeli barang-barang keperluan dapur untuk memasak. Memandangkan sudah ramai berkumpul di kampung, sudah tentu semua mahu makan di rumah bersama ahli keluarga yang besar. Jadi, bolehlah adik beradik ‘tong-tong’ duit dan berbincang jumlah yang perlu dikongsikan.

Kemas Tempat Tidur

Ini adalah perkara yang paling penting tetapi ramai tidak ambil kisah. Walupun itu rumah ibu bapa kita, janganlah biarkan tempat tidur tidak berkemas selepas bangun. Tambahan, apabila tidur beramai-ramai, pasti ruang tamu sudah bersepah dengan bantal, selimut dan toto. Malulah kalau tetamu datang beraya nampak.

Simpan Tilam, Bantal Dalam Bilik

Selalunya ia terjadi bagi yang tidur berlambak di ruang tamu. Jadi, biasakan diri selepas bangun tidur terus lipat dan simpan di dalam bilik. Lebih kemas dan bersih ruang tamu jika jiran datang beraya. Kalau tidak mungkin akan jadi bahan kutukan tetamu kerana ruang tamu bersepah!

Kampung

Anak Dara Sila Bangun Awal Tolong Apa Yang Patut

Bagi anak-anak perempuan yang sudah meningkat dewasa, ajarlah mereka untuk bangun lebih awal lagi-lagi apabila berada di kampung. Anak dara boleh bantu apa yang patut di dapur atau mengemas di dalam rumah.

Lelaki Kemas Dalam Dan Luar Rumah

Bukan sahaja kaum wanita yang perlu mengemas, kamu lelaki juga boleh bantu meringankan beban dengan tenaga yang mereka ada. Jika kaum wanita sudah sibuk di dapur, yang lelaki bolehlah mengemas di dalam atau luar rumah. Contohnya, membersihkan kipas, menyapu halaman dan memotong rumput. Lebih mudah jika semua bekerjasama sebelum tibanya Aidilfitri.

Barangan Mandi Beli Sendiri

Dah pulang beraya ke kampung, takkan nak ambil yang ibu bapa atau adik beradik lain punya alatan mandian. Bawa alatan mandian atau kebersihan diri dari rumah. Janganlah berkira, untuk diri sendiri juga kan?

Menantu Kena Ringan Tulang

Menantu bolehlah bantu pasang langsir, susun kuih raya atau bancuh air. Malah, menantu lelaki juga boleh bantu pergi pasar beli barang keperluan atau lain-lain. Sebagai menantu haruslah pandai bawa diri dan memainkan peranan lebih sikit apabila berada di rumah mentua.

Kampung

Basuh Sendiri Pinggan Dan Mangkuk

Tugas mencuci pinggan mangkuk bukanlah hanya pada kaum hawa sahaja, tetapi tanggungjawab sendiri. Apa salahnya, selepas makan terus basuh pinggan sendiri. Jangan longgok dalam sinki. Kesian kaum hawa sudah penat memasak ditambah pula beban mencuci pinggan yang bertimbun.

Kenalkan Sanak Saudara Kepada Anak-Anak

Apabila ziarah menziarahi di hari raya, kenalkan anak-anak dengan saudara mara dan ‘pangkat’ mereka. Ini dapat mengekalkan hubungan silaturrahim dan mengenali saudara mereka yang jarang berjumpa.

Kampung

Kain Selimut, Cadar Basuh Sendiri Sebelum Pulang

Perkara yang mungkin nampak remeh tetapi perlu dititikberatkan. Sebelum pulang ke ibu kota, sila basuh semua selimut yang telah anda gunakan. Takkan nak suruh ibu bapa atau orang lain yang basuhkan!

Kemas Rumah Sebelum Pulang

Apabila ramai berkumpul, sudah tentu rumah akan bersepah sedikit. Jadi, ringankan beban ibu bapa dengan mengemas semula pinggan mangkuk, periuk belanga, cuci tandas dan sebagainya. Sudah bersuka ria bersama, mengemas juga bersama-sama.

Menjaga Aurat

Tanpa kita sedari ramai yang lupa untuk menitik beratkan soal aurat. Bila sudah berkumpul beramai-ramai dengan ipar duai sepupu sepapat, tetap ada batasan yang perlu dijaga.

Menghulur Duit Bil Elektrik Dan Air

Walaupun, ibu bapa tidak pernah berkira tapi ‘common sense’ perlu ada. Sudah pakai penghawa dingin dan kipas selama beberapa hari perlulah hulur duit untuk perkara ini.

Jangan lupa 13 perkara penting ini dan selamat beraya di kampung halaman!

BACA: Elak Microsleep Ketika Balik Kampung, Ini 5 Tips Mudah Untuk Diikuti

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas