
Oh! Lifestyle
Elak Microsleep Ketika Balik Kampung, Ini 5 Tips Mudah Untuk Diikuti
Oleh
Raya tak lama lagi, mesti ramai di luar sana yang mahu pulang beraya di kampung bukan? Tetapi, kesesakan lalu lintas boleh menyebabkan badan terlalu penat dan membawa bahaya microsleep.
BACA: Tular Kereta Terbabas Akibat ‘Microsleep’, Pemandu Lelaki Didenda RM300
Microsleep merupakan keadaan tidur yang singkat yang terjadi dan sukar dikawal. Kejadian ini boleh mengundang kemalangan jalan raya. Oleh itu, Oh! Media akan kongsi beberapa tips untuk korang ikut bagi mengelak microsleep berlaku.
Tips elak microsleep

1. Dapatkan tidur cukup
Pastikan korang tidur dan rehat yang cukup sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam. Elakkan aktiviti melepak, menonton filem dan sebagainya sebelum hari perjalanan. Jangan ambil minuman berkafein sebelum tidur, nanti tak boleh tidur pula.

2. Jangan ambil ubat yang mengantuk
Elakkan diri daripada mengambil ubat-ubatan yang mengantuk. Kalau terpaksa ambil, carikan seorang partner yang lain bagi menggantikan korang untuk memandu dalam perjalanan.

3. Jangan memandu seorang diri
Kalau rasa diri seorang yang cepat bosan atau letih, sila bawa seseorang untuk menemani korang sepanjang pemanduan. Ada teman untuk berborak, tak adalah terasa bosan sangat betul tak?

4. Pasang lagu
Kalau tiada teman, korang juga boleh membuka lagu pilihan hati di dalam kereta untuk sentiasa berasa segar. Psst, jangan buka lagu kuat-kuat sangat nanti fokus pemanduan terganggu pula.

5. Berehat di R&R
Bila berasa terlalu letih atau mengantuk, lebih baik korang berhenti di kawasan stesen R&R atau mana-mana stesen minyak yang berdekatan. Nak tidur sebentar pun digalakkan bagi menyegarkan semula badan.
Pastikan diri mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Jangan terlalu memaksa diri untuk cepat pulang nanti bahaya lain pula menunggu. Selamat bercuti!
Kredit: Bjak
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
