Connect with us

Oh! Media

Hasil Jualan Produk Ganja Di UK, Syarikat Anak Malaysia Untung 2 Juta Pound Sterling

Branded

Hasil Jualan Produk Ganja Di UK, Syarikat Anak Malaysia Untung 2 Juta Pound Sterling

PETALING JAYA: Pada tahun 2017 tiga rakyat Malaysia di United Kingdom menggemparkan negara setelah berjaya mendapatkan lesen daripada kerajaan UK untuk melakukan kajian dan menghasilkan produk berasaskan ganja.

Sehubungan itu, ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, beliau terbaca kisah mereka bertiga berjaya menghasilkan minyak ganja di UK.

Beliau berkata, terdapat undang-undang yang memberikan ruang untuk tujuan itu di Malaysia, dengan bersyarat ia perlu diberikan kebenaran secara khusus.

Jadi saya rasa sayang, kalau benda ini betul di negara ini pun boleh buat kajian.

Tetapi yang mustahaknya perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan sekaligus ia boleh dihasilkan bagi tujuan perubatan.

Ketika dihubungi, Ketua pengurus syarikat Malaya Hemp di UK, Abdul Halim Pauzi berkata, sepanjang tempoh dua tahun tersebut, sehingga kini syarikat kami masih lagi dipantau, diberi latihan praktikal dan bimbingan sepenuhnya oleh ahli pertubuhan Cannabis Trades Association (CTA UK) dan European Industrial Hemp Association (EIHA) melalui persidangan yang diadakan.

Pengasas Malaya Hemp Mohd Roslan Abdullah dan Abdul Halim di dalam persidangan pertubuhan Cannabis Trades Association (CTA UK).

Abdul Halim berkata, walaupun syarikat-syarikat hemp yang berdaftar secara sah di bawah persatuan CTA UK telah meningkat hampir mencapai 1000 ahli sejak tahun 2017 ianya ditubuhkan.

Namun persaingan dalam industri hemp di seluruh Eropah tidaklah semudah yang disangkakan, kerana syarikat-syarikat di UK perlu menampung kos cukai yang agak tinggi. Dimana cukai yang dikenakan kerajaan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

Beliau berkata, syarikat mereka berjaya menghasilkan dan menambah beberapa jenis produk-produk berasaskan ganja. Sehingga kini ianya mendapat sambutan luar biasa dari seluruh benua Eropah.

Katanya, sepanjang tempoh lebih dua tahun ini juga syarikat mereka telah berjaya mengaut keuntungan bersih mencecah 2.1 juta Pound Sterling.

Dalam tempoh tersebut, syarikat kami masih lagi bersama ahli persatuan yang terlibat dalam sektor industri hemp dan kanabis bagi berkongsi kajian-kajian ilmiah terbaru mengenai faedah ganja untuk kesihatan manusia.

Salah seorang pengasas Malaya Hemp, Puan Nurul Ain memeriksa bekalan dan kualiti kebersihan produk CBD sebelum di hantar ke seluruh negara-negara eropah.

Semua para doktor dan saintis di seluruh eropah terus bekerjasama melakukan kajian untuk menambah dan menghasilkan produk-produk berasaskan hemp paling berkualiti di dunia.

Syarikat Malaya Hemp adalah antara syarikat terawal yang berdaftar secara sah di bawah kerajaan dan pertubuhan CTA UK dan masih lagi mensasarkan jualan terbesar di negara-negara eropah sahaja.



BERITA TERKAIT: Anak Melayu Pertama Di Eropah Hasilkan Produk Daripada Kanabis

CBD juga digunakan dalam bidang kosmetik dan kecantikan yang mana menjadi kegilaan ramai yang beralih kepada produk-produk berasaskan herba.

Pada tahun 2016/17 Institute of Economic Affairs (IEA) UK telah mengeluarkan laporan mengejutkan dengan hasil jualan produk-produk CBD di dalam UK sahaja telah mencecah 2.5 billion pounds sterling. Ini adalah laporan pada tahun pertama selepas penggunaan herba minyak CBD diluluskan di UK.

IEA juga mengumumkan bahawa 255 tan ganja telah dijual kepada kira- kira lebih 3 juta pengguna dan pesakit-pesakit di seluruh UK pada tahun yang sama.

UK menjadi negara pengeluar utama di eropah sebagai pengeksport minyak ganja perubatan terbesar di dunia. Dan pada tahun 2018/19 kerajaan terpaksa mengimport berjuta-juta tan ganja dari Amerika dan negara-negara Eropah yang lain termasuk Sepanyol.

Ianya bagi tujuan menampung bekalan dan permintaan CBD yang tinggi oleh pihak farmasi dan para penjual disana.

Pada tahun ini juga buat pertama kalinya UK telah mengeksport minyak CBD mereka ke negara Thailand, dimana Thailand merupakan negara Asia pertama telah meluluskan perubatan ganja di negara mereka.

Minyak CBD diimport oleh pihak kementerian kesihatan Thailand adalah bagi tujuan perubatan untuk bekalan kepada pihak hospital di negara mereka.

Pada tahun semasa 2019, penjualan global ganja meningkat 38% dengan hasil jualan 16.9 billion dollar dan dijangka meningkat sebanyak 31.3 billion dollar sehingga tahun 2022.

Sehingga kini kanabis dan hemp di Malaysia masih lagi disenaraikan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaannya.

Di Malaysia kanabis adalah antara dadah yang sering disalahgunakan sehingga menyumbang sebanyak 16% populasi penyalahgunaan dadah dalam negara.

Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia di dapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas