Connect with us

Oh! Media

Usaha Net Zero 2050

Branded

Hanya Ada Satu Bumi, Apa Yang Kita Wariskan Untuk Anak Cucu Kita?

Cuaca tidak menentu, kadang panas, kadang hujan ribut. Saat tidak bernasib baik, terpaksa berdepan dengan banjir kilat. Semua ini dek kerakusan manusia yang mengejar kemodenan sehingga mengabaikan alam sekitar.

Pernahkah anda terfikir, adakah keadaan sebegini yang mahu kita wariskan kepada generasi akan datang? 

Ini Rumah Kita, Jaga Ia Dengan Sebaiknya

Melangkah ke bulan Kebangsaan, sudah tiba saatnya untuk kita menerapkan semangat patriotisme bukan hanya sekadar melafazkan rasa cinta terhadap negara malah dengan menjaga alam di sekeliling kita.

Negara kita begitu kaya dengan sumber asli, kehijauan alam, sungai yang mengalir jernih serta keunikkan flora dan faunanya. Inilah yang menambah keindahan ‘rumah’ yang dihuni masyarakat berbilang bangsa dan kaya dengan budaya serta tradisi.

Tapi hari demi-demi hari tangan-tangan loba mula menoda alam, bukit yang dulu hijau kini mulai gondol. Warna-warna alam kehilangan seri seolah menerima pembalasan terhadap serakah manusia.

Bumi kita semakin tenat, ‘rumah’ yang kita anggap selamat untuk berlindung menunggu masa untuk memakan diri. Kita tak boleh berlengah, ‘rumah’ ini perlu dipelihara untuk generasi akan datang.

Bukan meramal masa depan sebaliknya berpandangan jauh, selama hampir lima dekad Kumpulan Sunway teguh membina negara dengan memacu perusahaan dengan menghubungkan komuniti di seluruh negara.

Melalui 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai rangka kerja, Sunway Group tekad melaksanakan agenda ESG (Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus) dan terus berusaha meningkatkan kehidupan masyarakat serta negara ini khususnya.

Selain daripada memperkasa bidang pendidikan, Sunway Group turut membina dan mengubah suai 50 perpustakaan dan 50 ladang bandar untuk komuniti kurang berkemampuan menjelang 2024.

Kumpulan ini juga telah menjadi yang pertama di negara ini untuk melaksanakan rangka kerja penetapan harga karbon dalaman sebagai sebahagian komitmen mereka terhadap Net Zero 2050.

Mereka juga telah berjaya mendapatkan semula lebih 14,000 kg sisa minyak masak daripada pembetung dan menukarkannya kepada biofuel. 

Ayuh mulakan langkah kita untuk menjaga ‘rumah’ ini.

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan daripada Sunway Group.

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat.

Lagi dalam kategori Branded

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas