Connect with us

Oh! Media

Empat Maut Selepas Konsert Pinkfish Countdown Di Bandar Sunway

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Tidak

Empat Maut Selepas Konsert Pinkfish Countdown Di Bandar Sunway

Konsert Pinkfish Countdown yang diadakan sempena menyambut tahun baharu 2025 bertukar menjadi tragedi apabila empat individu dilaporkan maut.

Kejadian yang berlaku pada Selasa malam di Bandar Sunway, Subang Jaya, disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Mangsa yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita warga tempatan berumur antara 20 hingga 40 tahun, disahkan meninggal dunia oleh pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

IKLAN

Menurut Datuk Hussein, post mortem telah dijalankan pada 1 Januari, namun punca kematian masih dalam siasatan makmal.

Tiada kesan kecederaan, unsur jenayah masih disiasat

Apa yang lebih mengejutkan, pemeriksaan terhadap keempat-empat mangsa mendapati tiada kecederaan luaran pada tubuh mereka.

Walaupun kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah atau keracunan.

Datuk Hussein turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan. Mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sjn Mohd Ridzal Puat, di talian 03-56382122 atau pusat kawalan daerah di 03-78627222.

#OhmediaNasihat

Sambutan tahun baharu memang seronok, tapi sentiasa utamakan keselamatan diri. Jika hadir ke acara besar seperti konsert, pastikan sentiasa berwaspada dan elakkan minuman atau bahan yang pelik-pelik.

Ingat, keseronokan tidak seharusnya mengorbankan nyawa. Mari kita sama-sama berhati-hati dan jadikan tragedi ini sebagai pengajaran.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas