Connect with us

Oh! Media

Haiwan Perosak Tinggal Serumah? Ini Adalah Petua Mesra Alam Untuk Menghalaunya

Oh! Lifestyle

Haiwan Perosak Tinggal Serumah? Ini Adalah Petua Mesra Alam Untuk Menghalaunya

Pasti pening kalau asyik nampak haiwan dan serangga perosak makin membiak dekat rumah, kan? Tambah-tambah lagi kalau ada sisa najis dan bangkai yang keluarkan bau, aduh.

ADVERTISEMENT

BACA: Cara Mudah Cegah Kulat Dinding Dengan Bahan Semula Jadi

Jangan risau, Oh! Media kali ini akan berkongsi beberapa petua mesra alam untuk mengelak dan menghalau binatang-binatang tersebut dari terus menetap di rumah.

Anai-anai

Mesti geram tengok pintu, tingkap dan perabot kayu kena makan dengan anai-anai kan? Terdapat dua petua yang mudah untuk menghalau makhluk perosak ini.

  • Air cucian beras
    • Air cucian beras boleh digunakan bagi menghalau serangga ini. Semburkan air ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai secara menyeluruh. Petua ini berkesan bagi menghapuskan anai-anai dari terus bersarang.
  • Kapur sirih
    • Anai-anai mempunyai kulit yang halus, oleh itu mereka amat takut dengan kapur sirih yang bersifat panas. Sama juga seperti air beras, siram ke atas sarang mereka atau sembur ke bahagian kayu yang telah diserang.

Cicak

Hari-hari terpaksa sapu najis dengan telur cicak sememangnya kerja yang penat dan menggelikan. Oleh itu, terdapat dua petua mudah untuk menghalaunya.

  • Cuka, lada hitam dan serbuk cili
    • Campurkan bahan-bahan seperti cuka, serbuk lada hitam dan cili ke dalam sebuah botol penyembur. Semburkan campuran itu di kawasan yang selalu ada cicak.
  • Kopi dan tembakau
    • Campurkan serbuk kopi dan tembakau, kemudian bentukkan seperti bebola kecil. Gunakan pencungkil gigi dan lekatkan bebola kecil tadi. Letakkan bebola itu di sekitar kawasan rumah yang selalu ada cicak. Serbuk tembakau merupakan racun kepada cicak dan akan menyebabkan cicak mati.

Lipan

Lipan merupakan haiwan yang berbisa dan mampu menyengat manusia. Oleh yang demikian, haiwan ini perlu dihapuskan daripada terus membiak.

  • Daun Pandan
    • Hiris beberapa helai daun pandan dengan halus dan masukkan ke dalam pinggan atau mangkuk kecil. Letakkan di kawasan tempat lipan bersembunyi, seperti ruangan yang lembab dengan bukaan atau celahan lubang yang kecil.  Bau pandan membuat lipan tidak selesa dan ia akan beransur hilang dari rumah.
  • Garam
    • Taburkan garam di tempat-tempat persembunyian lipan seperti kawasan yang lembap dan ulang beberapa kali.

Siput

Siput merupakan haiwan yang paling tidak disukai terutama bagi pencipta pokok dan tumbuhan. Ada dua petua mudah boleh digunakan untuk halau haiwan ini.

  • Garam Epsom/ Epsom Salt 
    • Taburkan Epsom Salt di kawasan yang selalu menjadi tumpuan siput. Ini merupakan cara yang baik untuk hapuskan siput yang sukar dihapuskan oleh racun siput. Boleh juga guna bahan lain seperti serbuk kopi, kayu atau pasir.
  • Tepung jagung
    • Letakkan tepung jagung ke dalam bekas atau botol kosong dan letakkan sekali sayuran. Ini sebagai umpan untuk siput pergi ke arah tepung. Tepung jagung boleh menyebabkan badan siput mengembang langsung membunuh.

Tikus

Tikus merupakan haiwan yang sangat licik dan sukar untuk ditangkap. Tapi, jangan risau hari ini Oh! Media kongsi petua untuk menghalaunya.

  • Daun Pudina
    • Tikus sangat benci akan bau pudina. Oleh itu bahan-bahan asas yang dihasilkan oleh daun pudina seperti minyak ataupun ubat gigi akan menyebabkan tikus bertempiaran lari.
  • Serbuk kentang putar segera
    • Petua ini agak kejam tetapi berkesan kerana kerak halus daripada ubi akan mengembang di dalam perut tikus dan menyebabkan ia mati.

Mudah je bukan petua untuk menghalau haiwan perosak ini? Jadi, selamat mencuba.

Kredit: iProperty

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas