Connect with us

Oh! Media

Cara Mudah Cegah Kulat Dinding Dengan Bahan Semula Jadi

Jpg 20230210 153252 0000

Oh! Lifestyle

Cara Mudah Cegah Kulat Dinding Dengan Bahan Semula Jadi

Pasti sakit mata bukan nampak kulat yang melekat di dinding rumah kita setiap hari? Kulat ini biasanya akan tumbuh pada ruang yang lembap dan sejuk seperti dapur dan bilik air.

Kulat ini juga biasanya mudah merebak pada barang yang lain termasuk paip, jubin, kelengkapan mandi dan pakaian. Oleh itu, hari ini Oh! Media akan kongsikan langkah pencegahan bagi kulat ini dengan menggunakan bahan semula jadi.

Guna bahan alami

Mould mildew 7

A) Bahan yang diperlukan:

IKLAN
  1. 300 ml cuka
  2. 200 ml air
  3. Minyak pati atau minyak asas

B) Cara-cara penggunaan:

  1. Rendam span atau berus di dalam cuka putih.
  2. Buang kulat menggunakan span atau berus yang direndam tersebut sehingga kulat itu hilang.
  3. Campurkan cuka, air dan lima titik minyak pati/asas ke dalam bekas penyembur.
  4. Sembur pada bahagian dinding ditumbuhi kular dan biarkan beberapa jam.
  5. Lap dengan kain kering dan ulang sebanyak dua kali
  6. Biarkan dinding tersebut kering tanpa perlu dibilas air.

Haa, mudah je kan? Jadi, jangan lupa kongsikan hasilnya nanti di ruang komen.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas