
Oh! Lifestyle
Doktor Tunjuk Cara Baca Label Buah, Elak Beli Dari Dua Negara Ini
Oleh
Seorang doktor perubatan yang dikenali sebagai Mazliana Mazlan berkongsi tips dan cara membaca label pada buah-buahan di pasar raya.
BACA: Tips Mudah Para Suami Untuk Pilih Telur Ayam Terbaik Di Pasaran
Menurut beliau, walaupun tiada bahan ramuan pada setiap jenis buah, adalah penting untuk orang ramai mengetaui dari negara mana datangnya buah itu.
Saya biasanya cuba elakkan ambil buah dari negara China dan USA.
Negara China, terkenal dengan pencemaran tanah yang paling tinggi di dunia. Kajian menyatakan 1/5 tanah di China tercemar dengan bahan buangan, racun serangga, logam berat dan sebagainya.
Negara USA pulak, terkenal dengan teknologi buah dan sayur GMO nya.
Beliau yang gemar membeli buah-buahan di pasar raya AEON menunjukkan contoh-contoh label yang tertera nama negara.




Sebelum ini, beliau juga pernah memuat naik perkongsian mengenai tips membeli sayur-sayuran. Beliau yang gemar berkongsi mengenai pemakanan dan gaya hidup sihat menasihati orang ramai supaya membeli sayur-sayuran selain dari negara China.
Ada satu perkampungan di China dinamakan sebagai ‘cancer village’. Kajian mendapati, kadar kanser di perkampungan yang berdekatan dengan kawasan industri perkilangan meningkat disebabkan oleh air dan tanahnya yang tercemar. Ramai antara mereka menghidap kanser hati, paru-paru, esophagus dan perut.
Jelasnya, sayur-sayuran seperti bawang putih, kentang, lobak merah dan kubis kebanyakannya dari China. Jika tiada pilihan, anda dinasihatkan untuk melabur sedikit kepada buah-buahan dan sayur organik.
Perkongsian penuh:
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
