Connect with us

Oh! Media

Dipersoal Tapis Ayat Kurang Sopan, TV3 Dedah Tiada Niat Sekat Kreativiti Produksi

Oh! Lifestyle

Dipersoal Tapis Ayat Kurang Sopan, TV3 Dedah Tiada Niat Sekat Kreativiti Produksi

Lembaga Penapisan Filem (LPF) merupakan sebuah agensi yang ditugaskan untuk menapis kandungan dalam filem atau drama di Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Pembaca Berita TV3 Tersasul Sebut Satu Perkataan Cuit Hati Netizen

Hal itu termasuklah memotong segala adegan yang berunsur lucah ataupun menapis segala perkataan yang mampu mengganggu keharmonian masyarakat.

Sebelum ini juga, seorang penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam pernah mempersoalkan ketetapan stesen TV seperti menggunakan perkataan serta aksi yang keterlaluan sehingga menyekat kreativiti penerbit drama aksi kepolisan.

Menurutnya, jika larangan penggunaan perkataan seperti ‘Jahanam’ disekat, maka ia akan menyukarkan mereka bagi menghasilkan drama yang realistik.

TV3 dedah tujuan LPF, tiada niat sekat kreativiti penerbit

Bagaimanapun, menurut Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Program & Penyiaran TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri, ketetapan itu bukan bertujuan untuk menyekat kreativiti produksi.

Menurutnya, syarat itu bukanlah sesuatu yang boleh dikenakan sesuka hati tetapi mengikut garis panduan LPF terhadap penggunaan kurang sopan serta aksi keterlaluan.

Sebagai stesen televisyen (TV) berpengaruh, kami akur dengan tanggungjawab sosial korporat sebagai teladan kepada anak muda.

Ia juga menjadi tanggungjawab TV3 tidak menggalakkan penggunaan bahasa kasar dalam pertuturan dialog sama ada dalam drama atau apa-apa terbitan program di bawah kendalian Media Prima Berhad (MPB).

Tambahnya lagi, tidak semua lakonan yang membangkit emosi marah perlu menggunakan perkataan serta bahasa yang kasar selain mengingatkan penonton juga adalah daripada kalangan kanak-kanak.

Walaupun dalam situasi marah sekalipun, ia boleh diluahkan dari segi intonasi dan tidak semestinya bahasa yang kasar.

Pada masa sama, program kami adalah untuk tontonan umum. Ini termasuklah penonton usia muda. Jadi sudah tentu kami tidak mahu bahasa yang tidak elok diperdengarkan kepada kanak-kanak,

Syarikat produksi yang berpengalaman perlu ada kreativiti tersendiri

Disoal pula tentang tindakan itu yang mampu mengganggu kreativiti sesebuah filem atau drama, menurutnya, sesebuah syarikat produksi perlu menampilkan kreativiti dalam menyampaikan babak tersebut.

Stesen TV yakin dengan kredibiliti dan kreativiti produksi untuk menyampaikan babak tanpa perlu menggunakan bahasa atau aksi yang keterlaluan.

Dengan pengalaman syarikat produksi, kami yakin mereka ada kredibiliti untuk menyampaikan cerita dengan cara yang kreatif tanpa perlu menggunakan perkataan atau aksi yang keterlaluan.

Siti Nurlisia berkata, lakonan juga memainkan peranan yang penting dan pihaknya berusaha untuk tidak menunjukkan aksi mencolok mata yang mampu menjejaskan imej pelakon.

Walaubagaimanapun, beliau juga mengakui tidak sesekali menyekat kreativiti produksi namun mereka perlu akur dengan garis panduan yang diberi.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas