Connect with us

Oh! Media

Dedah Permainan LEGO Pada Anak, Bantu Asah Fikiran Kreatif?

LEGO Super Mario

Oh! Lifestyle

Dedah Permainan LEGO Pada Anak, Bantu Asah Fikiran Kreatif?

Permainan LEGO yang merupakan bentuk aktiviti mencantum dan membina bongkah-bongkah berwarna memang tidak asing lagi.

ADVERTISEMENT

Mula diperkenalkan oleh Ole Kirk Christiansen, yang pada asalnya merupakan seorang tukang kayu di Billund Denmark, kini permainan LEGO telah menjadi peneman bukan hanya buat kanak-kanak tetapi menjadi hobi buat orang dewasa.

BACA: Kucing Pemuda Ini Tak Sengaja Pecahkan 4,500 Keping Lego Doraemon

Jangan pandang rendah dengan permainan ni sebab ada beberapa kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang didedahkan kepada permainan LEGO, cenderung untuk mempunyai pemikiran kreatif dan daya ingatan yang lebih tajam.

Bongkah berwarna LEGO asah pemikiran pemain

LEGO Block

Bukan hanya sekadar bongkah berwarna biasa, permainan ni sebenarnya mampu membantu dalam prosess tumbesaran anak-anak kita.

Antara manfaat yang boleh anak-anak dapat melalui permainan ni antaranya:

  • Melatih kemahiran motor awal anak-anak melalui pergerakkan mengangkat, mencantum, meletak bongkah.
  • Membantu meningkatkan kreativiti serta daya pemikiran anak-anak.
  • Mengasah semangat berpasukan menerusi komunikasi bersama rakan-rakan.
  • Melatih anak-anak membuat keputusan serta penyelesaian masalah.

Tahap permainan mengikut umur pemain

Siri Miniature

Paling best permainan ni bukan hanya untuk kanak-kanak je tau, untuk golongan dewasa pun turut diperkenalkan. Tetapi tahap kepayahan permainan pun telah dinaikkan bagi memberikan keseronokan yang optimum buat pemain.

Jika korang ikut perjalanan permainan ni, pasti korang akan terpesona dengan setiap set yang diperkenalkan dengan siri permainan kolaborasi bersama brand besar seperti Disney, DC dan banyak lagi.

Set LEGO Super Mario dua pemain kini lebih keseronokan

https://twitter.com/LEGO_Group/status/1417485806965493762

Terbaru, set LEGO Super Mario yang menggamit memori kita semua telah dilancarkan. Kini korang boleh ajak anak-anak untuk jadi lebih kreatif dengan siri LEGO Super Mario Adventure with Mario dan Luigi.

Lagi best sebab Mario dan Luigi boleh berkomunikasi antara mereka. Jadi sepanjang permainan anak-anak confirm rasa teruja dengan suara-suara yang dikeluarkan oleh Mario dan Luigi.

Bukan tu je, track permainan boleh dibina mengikut imaginasi dan kretiviti anak-anak korang tau.

Main sambil asah skill

Super Mario Luigi

Kalau korang masih tercari-cari hadiah untuk diberikan pada anak-anak korang, permainan ni sangat sesuai mengikut peringkat umur mereka. Sambil bermain secara tidak langsung dapat bantu tingkatkan psikologi anak serta kemahiran motor mereka.

Lanjutkan penelitian korang terhadap permainan ni di LEGO Super Mario. Lepas ni boleh la anak korang isi masa lapang mereka dengan lebih banyak aktiviti di rumah bersama korang.

Kredit: LEGO | Illuminasi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas