Connect with us

Oh! Media

Dapat Permintaan Tinggi Di Seluruh Dunia, Harga Emas Kini Meningkat, Menjadikan Ia Aset Selamat Untuk Pelaburan

Bursa Gold Dinar

Branded

Dapat Permintaan Tinggi Di Seluruh Dunia, Harga Emas Kini Meningkat, Menjadikan Ia Aset Selamat Untuk Pelaburan

Untuk episod Keluar Sekejap kali ini, KJ dan Shahril mengulas beberapa topik semasa, merangkumi isu dalam dan luar negara, yang pastinya akan membuatkan korang tertarik untuk tahu lebih lanjut.

Antara topik yang dibincangkan adalah seperti panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadah atau majlis perayaan penganut agama lain, pajakan helikopter, rancangan Trump terhadap Gaza, serta kenaikan harga emas. 

Namun, apa yang menarik perhatian kami sepanjang podcast ini adalah tentang kenaikan harga emas dan bagaimana ia menjadi salah satu aset yang selamat untuk melabur. 

Harga Emas Meningkat, Menjadikan Ia Lebih Berbaloi Daripada Mana-Mana Jenis Pelaburan Lain

Di awal podcast episod ini, KJ berkongsi semasa beliau menjadi pengerusi PUNB, mereka banyak memberikan pinjaman kepada usahawan-usahawan yang menjual emas terutama belah utara dan pantai timur Malaysia. 

Dari situ, KJ nampak yang orang-orang lama ini masih lagi menghargai emas dan pada mereka, ia adalah lebih berbaloi dan selamat berbanding jenis pelaburan yang lain.

Shahril juga menambah dengan menyatakan bahawa emas bertindak sebagai pelindung nilai terhadap keadaan makroekonomi, andai kata keadaan itu kurang memberikan pulangan kepada aset-aset yang lain. 

Memandangkan sekarang ini Donald Trump sudah memegang tampuk pimpinan Amerika Syarikat, KJ melihat ramalan harga emas semakin positif. 

Tambah KJ, mengikut pada apa yang Shahril nyatakan dalam podcast ini, dalam situasi di mana terdapat risiko pada geopolitik dan risiko dalam melabur pada aset-aset yang lain semakin meningkat, pastinya akan membuatkan ramai orang melabur emas. 

Selain itu, KJ juga menyatakan bahawa pusat bank negara-negara kini juga sedang giat mengumpul emas, di atas permintaan yang tinggi, menjadikan harga emas meningkat naik. 

Pada pendapat Shahril, ada baiknya kita memperuntukkan harta di tempat yang selamat seperti emas, berbanding memegang tunai kerana nilai tunai akan sentiasa hilang kepada inflasi. 

Dalam pada itu, KJ juga berkata bahawa terdapat cara mudah untuk melabur emas yang hanya di hujung jari saja. 

Nilai Emas Kekal Walaupun Harga Barangan Naik, Jom Mula Labur Emas Dengan Bursa Gold Dinar

Alang-alang tengah bercerita tentang kenaikan harga emas ni kan, ada baiknya kalau korang mula melabur emas sekarang dengan Bursa Gold Dinar. 

Bursa Gold Dinar

Buat korang yang belum tahu, Bursa Gold Dinar adalah sebuah platform khas dari Bursa Malaysia untuk korang beli dan jual emas 999.9/24k secara digital, dan korang juga boleh tebus emas dalam bentuk dinar emas secara fizikal. Baguskan?

Platform ini membolehkan korang untuk melabur dari serendah RM10 dan bersamaan dengannya dalam gram tau. 

Menariknya, tahu tak korang sebenarnya boleh dapatkan 0.03 gram emas daripada Bursa Gold Dinar secara percuma? Seriuslah?!

Khas untuk pengikut setia Keluar Sekejap, dengan menggunakan kod promo BGDXKS, korang akan dapat 0.03 gram emas apabila korang membuat pembelian pertama emas minimum bernilai RM100. 

Psst, promosi ini akan berjalan sementara stok masih ada dan terhad kepada 10,000 pengguna baharu tau.

Visualization for Cta 2x

Nak tahu cara untuk dapatkan 0.03 gram emas macam mana? Senang kacang saja, korang ikut saja langkah mudah di bawah ini:

Langkah 1: Muat turun aplikasi Bursa Gold Dinar di Google Playstore atau Apple Appstore

Langkah 2: Daftar untuk akaun baru

Langkah 3: Masukkan kod promo BGDXKS

Langkah 4: Lakukan pembelian bernilai RM100 

Lepas dah ikut semua langkah mudah ini, korang akan menerima 0.03 gram emas tau! Senangkan? 

Jadi, tunggu apa lagi tu? Raya pun dah nak dekat ni, apa kata tahun ni bagi emas digital kepada yang tersayang. Lebih bernilai, harga emas pun makin meningkat. Transfer saja dengan aplikasi Bursa Gold Dinar! Jom melabur!

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi Bursa Gold Dinar atau ikuti media sosial Bursa Malaysia di Facebook dan Instagram.

Tertakluk pada terma dah syarat: 

1. Hanya untuk pengguna baharu Bursa Gold Dinar sahaja

2. Sah dari 13 Februari 2025 sehingga 31 Mei 2025

3. Tidak terpakai untuk urus niaga Exchange

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas