Connect with us

Oh! Media

Cuaca Terlalu Panas? Ini 8 Tip Elak Jatuh Sakit Akibat Terdedah Lama Di Bawah Cahaya Matahari

panas

Oh! Lifestyle

Cuaca Terlalu Panas? Ini 8 Tip Elak Jatuh Sakit Akibat Terdedah Lama Di Bawah Cahaya Matahari

Baru-baru ini, NASA telah umumkan suhu musim panas 2023 di hemisfera utara adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam rekod sejak ia mula dikumpul pada tahun 1880.

ADVERTISEMENT

Wow, patutlah cuaca panas sangat sekarang!

BACA: Nasa Umum Suhu Musim Panas 2023 Adalah Tertinggi Dalam Sejarah

Untuk pengetahuan korang, cuaca panas yang melampau ini boleh memberi kesan yang buruk kepada badan kita, malah boleh juga menyebabkan kematian.

Tetapi, korang tidak perlu risau kerana kali ini kami akan kongsikan beberapa tip untuk mengelakkan diri daripada terdedah dengan cuaca panas di Malaysia ini.

  • Pakai pakaian yang ringan, bermaterial 100% kapas, longgar dan berwarna cerah.
  • Pakai alat pelindung matahari seperti cermin mata hitam, topi atau payung yang besar untuk melindungi korang daripada sinaran matahari.
  • Minum air kosong dengan banyak. Jangan tunggu sehingga korang berasa dahaga.

Panas

  • Memakai losyen pelindung matahari: Amalkan pemakaian sunblock apabila keluar dari rumah.
  • Pastikan korang sapu sunblock sekurang-kurangnya 20 minit sebelum berjemur. Kepekatan minimum yang harus digunakan ialah SPF 15.

Panas

  • Jangan bersenam atau melakukan aktiviti dalam cuaca yang terik: Korang dinasihatkan untuk tunggu sehingga cuaca redup jika mahu beriadah di luar rumah terutamanya jika korang bersama keluarga.
  • Jangan ambil minuman yang mengandungi alkohol, berkafein serta bergula tinggi: Minuman seperti kopi, air berkarbonat dan beralkohol harus dielakkan sekiranya korang bakal melakukan aktiviti di bawah matahari.
  • Jangan berada di dalam kereta yang tertutup tanpa membuka tingkap atau penyaman udara: Jika korang tinggalkan seseorang di dalam kereta, pastikan dalam keadaan yang tidak panas dan mempunyai aliran udara yang baik.

Panas

Dalam pada itu, korang juga seharusnya kurangkanlah berjemur bagi mengelakkan berlakunya kesan buruk pada tubuh korang.

Kredit: HelloDoktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Kalau korang masih batuk and dah cuba macam-macam ubat maybe korang boleh try cara ni pulak #sarsi#ubat#batuk#tradisional#ohlifestyle#ohmedia

♬ Japanese-style dramatic piano song – スタジオ Music Rabbit

  • panas
  • panas

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas