Connect with us

Oh! Media

Bihun Sup Chinese Style, Bukan Setakat Sedap, Tapi Senang Nak Buat!

bihun sup chinese style

Oh! Lifestyle

Bihun Sup Chinese Style, Bukan Setakat Sedap, Tapi Senang Nak Buat!

Siapa suka makan sup tu, korang pernah tak cuba bihun sup chinese style? Haa kalau tak pernah, korang memang rugi!

ADVERTISEMENT

Bihun sup chinese style ni sangatlah sedap dan kalau korang makan waktu-waktu sejuk dan hujan, peh, memang syahdu!

Nak buat bihun sup ni sangatlah mudah, tapi memang sedap! Jom kita cuba resipi daripada Ikin Rahman ni!

bihun sup chinese style

Bahan-bahan

Bahan-bahan yang korang perlukan untuk buat bihun sup ini adalah:

  • Bihun, korang kena celur
  • Udang
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sawi jepun
  • Kiub ayam
  • Bawang putih dicincang
  • Cili api merah dan hijau
  • Chili flakes
  • Cuka
  • Kicap cair

Cara-cara

Okay, bila semua bahan dah cukup, pertama sekali yang korang kena buat adalah tumis bawang putih yang sudah dicincang sampai warnanya keperangan.

Bila dah perang, korang angkat separuh bawang putih bersama minyak, separuh lagi korang biarkan dalam periuk.

Kemudian, masukkan air dalam periuk dan didihkan. Masukkan kiub ayam, fish ball dan udang. Korang boleh rasa sup, kalau kurang masin, boleh tambahkan garam. Renehkan beberapa minit dan kuah pun siap!

Seterusnya, korang boleh goreng fish cake dan potong ikut saiz yang korang suka. Celurkan sawi dan bihun dalam air panas, tapi guna bekas yang berasingan, okay!

Nak tambah rasa pedas-pedas sikit, korang boleh campurkan kicap cair, cili api yang dah dipotong dan cuka sikit. Lepastu, bolehlah korang hidangkan bersama bawang putih dalam minyak tadi dan tabur cili flakes sikit atas bihun sup! Fuh, memang padu!

Senang je kan? Haa bolehlah cuba resipi ni kalau korang suka bihun sup okay! Selamat mencuba!

bihun sup chinese style

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas