Connect with us

Oh! Media

Belum Ada Plan Cuti 31 Ogos? Jom Layan Viu Lokal Lah Showcase Live, Meet & Greet Di LaLaport BBCC

viu lokal lah

Branded

Belum Ada Plan Cuti 31 Ogos? Jom Layan Viu Lokal Lah Showcase Live, Meet & Greet Di LaLaport BBCC

Cuti Hari Merdeka dah ada plan belum? Takkan nak duduk rumah je kan? Alang-alang cuti, apa kata ramai-ramai ajak satu family dengan geng korang ke LaLaport BBCC, Kuala Lumpur untuk Viu Lokal Lah! Live Showcase.

Ada bermacam aktiviti menarik menanti masa event tu nanti. Boleh meet & greet dengan pelakon-pelakon popular Viu, dan korang juga berpeluang menang barangan eksklusif Viu, baucar TV Prism+ dan banyak lagi.

Dimeriahkan selebriti siri Viu

viu

Antara selebriti yang akan memeriahkan event Viu Lokal Lah! seperti pelakon From Saga With Love:Siti Khadijah Halim, Ikmal Amry, Sophia Albarakbah & Fimie Don. Bintang siri W: Two Worlds, Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Tony Eusoff, Shahkimin serta  Azrul Zaidi.

Selain itu, MK K-Clique dan Ezzanie Jasnydari siri I Love You, Stupid pun ada. Siapa kaki layan siri ni, memang wajib datang. Bila lagi nak jumpa pelakon pujaan depan mata kan?

Dibawakan oleh Vivo Y78 5G

Event Viu Lokal Lah! Live Showcase  dibawakan oleh  Vivo Y78 5G ini adalah untuk memberi peluang kepada peminat-peminat mendekati dan menggalakkan mereka menghargai bakat-bakat tempatan. Dari pelakon, pengarah, penerbit dan semua yang terlibat untuk kandungan dalam Viu.

Jom beramai-ramai ke event ni kerana aktiviti bermula jam 4 petang dan persembahan live show pula akan membuka tirai pada 8 malam.

Korang boleh sertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah seperti telefon pintar Vivo Y27 5G, Tiket Hausboom Music Festival, Barangan Eksklusif Viu dan banyak lagi! 

Persembahan nyanyian pada malam itu nanti menampilkan Bunkface, Saixse,Kidd Santhe, Radhi OAG &Budak Scene All-Stars, MK K-Clique, Aisha Retno, Fimie Don serta Iqbal (Iqbal M). Line up memang rugi kalau korang terlepas ni guys!

Setkan kalendar korang siap-siap, jangan terlupa pula. Butiran acara Viu Lokal Lah! Live Showcase seperti di bawah:

Tarikh: 31 Ogos 2023 (Khamis)

Masa: 4 petang – 10 malam 

6 petang – 7 petang: Meet & Greet Bersama Pelakon Viu 

8 malam – 10 malam: Live showcase Viu Lokal Lah! 

Lokasi: Gate Plaza, LaLaport BBCC

Jumpa korang di sana!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas